Sunday, 6 July 2014

Susu Merudum Ketika Berpuasa?


Assalamualaikum

Diam tak diam dah dekat seminggu kita berpuasa kan?
So Mommy sekalian masih giat dan gigih susukan anak?
Hadapi situasi susu kering tak di bulan Ramadhan ni?

Jangan risau ye, Mommy masih boleh berpuasa penuh tanpa perlu risau susu merudum dengan mengikuti beberapa tips di bawah. Diharap dapat membantu niat Mommy untuk menyusukan bayi sepenuhnya. Say no to Susu Lembu! Ehe....



Tips Atasi Susu Merudum

     1) Minum Air Secukupnya
  • Anda disaran banyakkan minum air masak, air buah-buahan atau sup agar badan tidak terhidrasi. Perlu diingat ye Ibu Menyusu perlukan lebih 2 liter air sehari. Tapi persoalannya dah puasa macam mana nak minum banyak air?
  • Senang je.. Lepas berbuka sehingga waktu sahur perbanyakkan minum air, sediakan satu botol air masak kat tepi katil, once terjaga terus je minum so dengan cara ni badan bukan je cergas tapi kuantiti air mencukupi
  • Mommy juga tidak digalakkan minum minuman bergas, berais dan kafein. Ini akan buatkan mommy cepat haus dan badan cepat je terhidrasi
     2) Makan On Time
  • Ibu Menyusu wajib makan tiga kali sehari dan untuk Ramadhan ni mommy disarankan ambil makanan sewaktu berbuka, sebelum tidur dan sahur
  • Hal ini kerana Ibu Menyusu perlukan 700 kalori sehari iaitu 500 kalori dari pemakanan Mommy dan 200 kalori lagi dari lemak di dalam tubuh
     3) Amalkan Kurma
  • Kurma sebagai penggalak susu yang kaya dengan serat, sumber protein, Vitamin A dan C serta zat besi seperti kalsium, sodium dan potassium
  • Selain daripada itu Kurma juga bertindak sebagai pemberi tenaga segera. Ha power ke tidak?
     4) Power Pumping
  • As we know semakin banyak permintaan semakin banyak pengeluaran. Dalam bahasa mudah semakin Mommy rajin mengepam semakin banyak susu keluar
  • Jadi Mommy kena rajin pump susu ye.. Atau yang direct breastfeed pon kena rajin suakan anak dengan susu. In Sha Allah berkesan

     5) Makanan Kaya Protein
  • Protein bukan je sebagai penggalak susu tapi ia juga mampu memberi rasa kenyang yang berpanjangan serta tenaga buat Mommy sekalian
  • Makanan yang kaya protein seperti daging, telur, susu dan roti sangat digalakkan diambil oleh Ibu Hamil
     6) Amalkan Supplemen
  • Supplement atau makanan tambahan membantu Mommy kekal bertenaga dan menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkualiti. Baby pon kurang meragam dan cepat kenyang
  • Antara Set Menyusu Basic yang saya sarankan adalah Energizing soy Protein (ESP) & Alfalfa
  • ESP merupakan protein soya yang bersamaan 12 kali susu, 6 kali roti, 4 kali telur dan 2 kali daging. So tak perlu gigih sangat ambil sumber makanan tadi just amalkan ESP in Sha Allah membantu
  • Alfalfa merupakan tumbuhan herba tanpa bahan pengawet dan racun serangga yang diamalkan masyarakat barat untuk menambah susu badan

     7) Bertenang Dan Sabar
  • Kunci utama kejayaan penyusuan ekslusif Mommy terutama di bulan Ramadhan adalah bertenang dan yakin. Mommy yang sentiasa tertekan akan mempengaruhi hormon Oksitosin yang yang mengeluarkan susu ibu
  • Jadi ubah mind set anda, sentiasa bertenang, berzikir dan berdoa moga Allah limpah kurniakan rezeki susu buat si manja anda
Moga tips yang diberikan membantu Mommy sekalian untk terus menyusukan anak di bulan Ramadhan. Mommy mampu berpuasa penuh tanpa perlu risau susu merudum

Inginkan Supplemen Susu Ibu? Sama ada yang bajet, basic atau full pakej?
PM saya seperti info di bawah


PERHATIAN: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:

Susanti Suhaimi

♥ SMS/WhatsApp: 013-8471769
♥ Emel : putri_jebat@yahoo.com




0 comments:

Post a Comment