Tuesday, 8 July 2014

Tanda-Tanda Bersalin

Assalamualaikum


Menghitung hari detik demi detik.....
Itu lah yang saya alami sekarang. Bakal melahirkan cahaya mata pertama and yes memang rasa nak gugur jantung ni. Bedebar, excited, teruja, takut, semua ada sebab ini merupakan pengalaman pertama dalam hidup

Saat entry ini ditulis, cek bebi sudah pun 37 minggu dalam kandungan. Bila dah cukup bulan ni memang sentiasa rasa sakit kat bahagian abdomen dan pinggang. Kadang tuh ingat dah nak bersalin tapi tak bersalin-salin pon. Hehehe

So dengan gigihnya saya google apa tanda-tanda bersalin? Maklumlah Ibu tak berapa muda yang zero and tak ada pengalaman. So here saya nak share dengan anda semua. Jom sama-sama baca

1)  Kerap Membuang Air Kecil
  • Cek bebi dah makin besar dan kepala baby berada dibawah betul-betul ditengah-tengah tulang pelvis dan berdekatan dengan pundi kencing. So baby comel tuh dah menghimpit pundi kencing kita. Maka jangan pelik kalau toilet dah jadi rumah kedua
2) Sakit Belakang Di Bahagian Bawah
  • Anda akan rasa sakit di bahagian belakang, pelvis dan abdomen kerana berlaku regangan yang kuat pada ligamen rahim dan pelvis
  • Hal ini disebabkan cek bebi sudah semakin membesar dan berat
3) Cirit Birit
  • Dilewat kehamilan tubuh akan mengeluarkan hormon kehamilan yang akan bertindak balas dengan usus serta menyebabkan kekejangan abdomen dan longgar. Jadi anda semakin kerap membuang air besar
  • Harus diingat kekosongan usus juga memberi ruang/ laluan buat cik baby
4) Keputihan
  • Cecair keputihan yang biasanya bewarna putih akan kerap keluar melalui faraj dan ianya normal. Jika keputihan tersebut bertukar warna kuning dan kehijauaan anda disyorkan mendapat nasihat dari doktor O&G
5) Engages
  • Engages merupakan satu keadaan dimana cik baby sudah  berada dibawah tengah tulang pelvis
  • Untuk kelahiran pertama biasanya baby akan engages dalam tempoh 2- 4 minggu sebelum tarikh EDD
  • Bagi kelahiran kedua dan seterusnya biasa baby tidak engages terlalu awal kerana otot pelvis sudah pun regang
6) Kontraksi Braxton- Hicks
  • Kontraksi ini seperti sakit sengugut yang semakin kerap datang namun kesakitannya tidak seperti kontraksi kelahiran
  • Kontraksi ini membantu menipis, memendek dan membuka serviks anda sedikit demi sedikit
  • Ia akan berlangsung selama 1- 2 minggu sebelum kelahiran cik baby
7) Lendir Pekat dan Pendarahan
  • Kontraksi Braxton- Hicks akan menyebabkan pluk mucus tertanggal
  • Pluk mukus bertindak sebagai pendinding untuk mengelak jangkitan kuman atau benda asing memasuki faraj dan menggangu cik baby
  • Plus mukus merupakan cecair pekat yang bercampur darah, once pluk ini tertanggal ia membolehkan bayi bergerak turun ke bawah perlahan-lahan. Proses kelahiran akan berlaku
8) Pecah Air Ketuban
  • Hanya 1 dari 10 Ibu Hamil akan pecah air ketuban sebelum kelahiran
  • Selepas pecah ketuban, biasanya proses kelahiran akan berlaku dalam tempoh 24 jam bagi mengelak dari sebarang jangkitan kuman
  • Maka Ibu-ibu dinasihatkan bersegera ke hospital dan sambutlah kelahiran orang baru dengan tenang!
Jadi bakal-bakal Ibu sekalian harus perhatikan ye perubahan diri di lewat kehamilan ni. Sentiasa berjaga-jaga dan jangan lupa sediakan barangan Ibu dan bayi untuk ke hospital. Once dah sakit terus je shoot ke hospital pilihan

Gud luck to me and to us!


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:


Susanti Suhaimi

♥ SMS/WhatsApp: 013-8471769
♥ Emel : putri_jebat@yahoo.com

0 comments:

Post a Comment