Monday 8 September 2014

Rebut Peluang Keahlian Percuma & RM100 dari Shaklee

Assalamualaikum

Hamboi dengar Free Keahlian dan RM100 semua membuntang mata kan?

Yes tawaran ini hanya SAH untuk bulan September 2014 sahaja. Tapi dengan bersyarat ye. Ala syaratnye pon tak susah dong!

Sekotak ada 15 Sachet


Syarat Dan Kelebihan

1- Dapatkan promosi Collagen Powder untuk bulan September 2014. Anda hanya perlu membeli 6 kotak Collagen dan berpeluang mendapat satu kotak Collagen secara percuma bernilai RM298

2- Selepas pembeliaan anda layak mendapat keahlian percuma dan kos penghantaran juga adalah percuma. Wah segala-galanya percuma ye. Best kan?!

3- Bukan itu je.... Pada 14 atau 15hb October 2014 anda layak mendapat bonus bernilai lebih RM pemberian Shaklee cash bukan ansur-ansur. Hehehe....

4- Consultation percuma dari saya, dari cara pengambilan, pantang larang dan kesan selepas pengambilan. Jangan risau saya tak tinggalkan anda terkontang kanting sorang-sorang

5- Jika berminat, anda juga layak untuk memulakan perniagaan bersama Shaklee. Saya akan bimbing dari zero sampai anda yakin untuk menjana pendapatan 2, 3, 4 atau lebih angka

6- Selepas anda serius berbisnes, anda juga layak mendapatkan percutian percuma dalam & luar Negara, peluang melakukan Umrah, bonus kereta setiap bulan dan award khas dari Shaklee. Segalanya PERCUMA ye tanpa agenda tersembunyi. Ehe

Ha mesti ada yang berkerut dahi dok pikir macam mana lah nak beli 6 kotak collagen tuh. Ingat murah ke? (saya dah tau dah apa uols pikir..)

Senang je uols.... SHARE bersama rakan, saudara dan mak ayah. Hebahkan kebaikan Collagen dengan rakan-rakan then boleh share beli ramai-ramai. Cukup 6 kotak boleh terus submit order dengan saya. Simple kan?



Ok saya ringkaskan info dan kebaikan Collagen Powder yang super power!

~ Diekstrak dari 4000mg collagen Sisik Ikan Merah kerana kandungan collagenya bermutu tinggi serta tulen

~ Rumusan lain dalam Collagen ialah ekstrak biji Camelia Japonica, ekstrak kekerang, Lactobacilus, Vitamin B dan C

~ Ia mampu mencantikkan kulit dengan kesan yang ketara. Ada customer baru ambil 4 sachet dah nampak kesan

~ Mengecilkan liang pori terbuka serta anti kedutan

~ Mencerah secara sekata dan mengurangkan pigmentasi seperti jerawat dan jeragat

~ Collagen juga mampu melembapkan kulit so kulit anda kelihatan glowing even tak pakai pelembap

~ Menyuburkan rambut dari bercabang dan rosak serta memulihara kesihatan kuku

~ Membantu mengekalkan kesihatan tulang dan sendi

Jom kita intai-intai testimoni yang dah berjaya. Kira pelaburan paling menguntungkan demi kesihatan dan kecantikan kulit yang berpanjangan







So you guys apa tunggu lagi. Peluang keemasan cuma muncul setahun sekali. Jangan risau ye if tak mampu nak beli 6 kotak, sekotak Collagen pon saya jual MURAH. Jom ORDER!!

PERHATIAN: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:

Susanti Suhaimi

♥ SMS/WhatsApp: 013-8471769
♥ Emel : putri_jebat@yahoo.com


Ngeri ke Bersalin Normal?

Assalamualaikum

Dah bersawang rasa blog neh since kita tengah berpantang. Yes im a Mom now!


Gambar kat atas masa pregnant 32 weeks. On Shaklee Award 2014 wif my beloved husband. During pregnancy memang banyak suka dan duka. Makin nak deliver makin lah menggeletar badan sebab takut nak bersalin dan kena jahit kat tut.. Hihi....

Tapi Alhamdulillah pengalaman bersalin saya cukup senang dan dipermudahkan Allah. Once dah cukup bulan saya amalkan surah Maryam, makan buah dan sayuran, banyak berjalan dan berdoa. Lagi satu rahsia saya khatam Al- Quran sebelum deliver. Ye ini amalan saya dalam tempoh mengandung 9 bulan, saya mengaji sehingga khatam walaupun menghadapi pelbagai rintangan macam mabuk teruk, sakit pinggang, kepala dan masuk hospital

Early Contraction

Kontraksi bermula since 36 weeks lagi, masa tuh dah seriau and pikir 'Aku nak beranak ke hari ni'. Early contraction tuh macam rasa sengugut datang dan pergi tapi tak kerap lah, selalu kuar masuk toilet and sakit pinggang terlampau. Tapi tak juga beranaknya

Kontraksi Sebenar

20 July 2014 kandungan 39 minggu, saya ajak husben pergi PKNS nak carik baju raya Mak, Abah and MIL. Masa tuh memang sarat sangat jalan pon asik pegang pinggang je tapi biasa la perempuan tengok baju rambang mata. Terus lupa perut memboyot. Habis satu PKNS dok tawaf. Bukan sekali tapi berkali-kali. Husben dah risau tengok wife temengah-mengah. Masa tuh dah rasa sakit kat ari-ari. Tapi buat dek je nak raya punye pasal. Hihi....

Balik dari PKNS terus tido dan bangun sahur pukul 3 pagi. Ha masa ni la rasa semacam, sakit perut selang 10 minit, sakit pinggang tak terkata tapi tetap gagah lagi nak puasa. Sakit berterusan sampai husben mandi and siap-siap get ready takut hari tuh jugak bersalin. Cakap dekat husben belum lagi kot sebab tak ada keluar apa-apa tanda langsung.

Dalam pukul 10 pagi sakit makin teruk dan MIL dah bising-bising suruh pergi hospital even tak ada keluar tanda. Dia takut bersalin kat rumah je nanti. Sape nak sambut? Hihi. Selepas menanggung kesakitan yang teramat akhirnya kami pergi juga hospital. That time pikir datang utk check je dan langsung tak pikir akan bersalin. Padahal contraction selang 5  minit ok!

Sampai Hospital Bersalin Razif which is hospital yang we oll dah book awal-awal dalam pukul 1 tengah hari. Sakit tak usah kata la mereka yang dah bersalin je tau kan? Ehe! Lepas doktar seluk-seluk dia cakap bukaan dah 5cm!! What?! Saya and husben memang terperanjat beruk. Husben siap tanya doktar kenapa bukaan dah 5cm tapi tak ada apa-apa tanda pon keluar. Doktar kata memang ada kes macam ni. Huh... Nasib baik kitorang pergi jugak hospital kalau tak boleh jadi bersalin kat rumah. Hihihi...

Lepas doktar check saya terus masuk wad dan nurse pasang CTG. Doktar jangka dalam pukul 6 petang saya baru bersalin. Sebab sejam akan bukak 1cm je. Masa pasang CTG memang perut rasa bergegar. Baring dah serba tak kena. Masa tuh tuhan je tau rasa sakit yang saya tanggung. Zikir je pengubat hati dan husben pon makin panik. Terus husben panggil nurse dan nurse stopkan CTG dan masukkan ubat kat montot utk paksa buang air besar. Husben terus ambil wuduk dan sembahyang Zuhur dan saya bertapa dalam toilet. 'Membuang' pon takut-takut tau. Heeeeee!

Labor Room

Lepas 'melabur' saya terus dimasukkan ke labor room dalam pukul 2 petang. Perasaan masa tuh? EXCITED! Tak sabar nak ilang rasa sakit yang terlampau. Orang kata lepas beranak segala sakit akan hilang. Husben memang jadi peneman setia sepanjang masa. He hold my arm and zikir tak berhenti. Sapa tak risau kan? Anak sulung....

Masuk je labor room, doktar terus seluk dan jln dah bukak 6cm. Teros air ketuban dipecahkan, memang dengar la air ketuban tuh melimpah. Hihi.... Lepas air ketuban pecah je sakit yang terlampau jadi makin melampau. I means sakit gila-gila ok! Teringat kata-kata seorang kawan jangan bazirkan tenaga dengan mengerang dan menjerit. Zikir je cukup. Husben ajak sembang pon saya tak layan. Sakit kot! Tak pernah rasa sakit macam ni sekali

Bukaan 9 cm!

Nurse datang dan nak bagi injection. Saya yang tengah mengigil kesakitan tanya 'Awak nak bagi epidural ke?' Kalau nak bagi sumpah la saya tak nak. Dia cakap bukan epidural, ni injection yang memang dah ada dalam pakej bersalin diorang. Injection ni as penahan sakit masa doktar jahit kat tut dan mempercepatkan bukaan jalan yang baru 6cm. Lepas je kena inject kat montot memang cepat lah jalan tuh bukak. 9cm ok! So its time to deliver beybeh!

Push and Push

Masa dah bukak 9cm nurse tak bagi push lagi. Tunggu 10cm katanya. Tapi disebabkan sakit yang terlampau saya push je. Haha.. Masa tuh menanges tapi tak keluar air mata. Rasa sakit macam nak 'membuang' dan nak lepaskan juga. Saya genggam tangan husben sekuatnya. Dan bila doktar datang dan ready untuk sambut baby saya terus push sekuatnya. Tapi sayang teknik 'push' tak betul dan tenaga bazir macam tuh je. Nafas pon dah pendek-pendek. Doktar dan dua orang nurse tetap bagi sokongan positif  dan ajar teknik push yang betul. Nurse tolong tolak perut ke bawah dan doktar bagi arahan. The last part dan last energy mungkin, saya push sekuat hati dengan nafas yang panjang dan yahoo..... anak den dah keluar oiii....

She Safely Delivered

My baby girl selamat dilahirkan pada 21 July 2014 bersamaan 24 Ramadhan 1435H tepat pukul 3.36pm di Hospital Bersalin Razif Klang. Perasaan? Gembira dan puas tak terkata. Segala sakit yang saya tanggung selama 9 bulan hilang! Saya pandang husben dan katakan pada dia 'Anak Kita' sambil kami renung si baby di tepi katil. Ha sweet ke tidak? So uolss kalau boleh ajak la husben ada bersama di labor room. At least dia dapat rasa kesakitan kita so in future tak adalah dia nak buli isteri lebih-lebih kan? Hihi

Jahitan Sakit?

If tanya saya.. Of cos saya kata masa doktar jahit tuh tak rasa apa. Tapi memang dia jahit lama sambil nurse bersihkan baby dan bagi injection Hepatatis B dan Vitamin K. Suami tak sanggup tengok kot dok sembunyi muka dekat tirai katil. Lawak pulak bila ingat nasib la dia tak pengsan ke muntah. Hihi....

I'm a Mom

Alhamdulillah dengan title baru dan amanah baru dari Allah. Sesungguhnya anak ini pinjaman beharga buat kami dan kami namakan dia Ainul Mardhiah Binti Mohd Hairul Yatim di ambil dari nama bidadari syurga buat para syuhadah. Moga dia jadi saham syurga buat kami. Amin

Jom layan gambo dulu... Heeeeeeeeeeeeee!


Hospital Bersalin Razif

Baby Details
 
Baby Ainul Mardhiah Day 1
 
Cinta Hati Ibu


Cukuplah untuk beberapa keping gambar neh. In sha Allah ada kesempatan saya share pakej hospital bersalin swasta yang saya dah survey dan kenapa Hospital Razif jadi pilihan. As for me pengalaman bersalin merupakan detik paling indah untuk dikenang. Eceh! (padahal kat labor room dh cakap dalam hati takmo pregnant lagi. Hihii) Even sakit tapi lepas deliver hapy giloss bak hang. Nak-nak lagi dapat peluk and cium baby sendiri. Puas! So jangan takut-takut untuk deliver keh! Sakit macam semut je.. (ok tipu...)

Ok lah nak sambung nenenkan anak. Bai!

*********************************************************************
Inginkan Set Mengandung & Berpantang Shaklee?
Ingin tahu kebaikan produk semulajadi ini?

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:

Susanti Suhaimi

♥ SMS/WhatsApp: 013-8471769
♥ Emel : putri_jebat@yahoo.com

Friday 11 July 2014

Tips Buat Ibu Hamil di Trimester Pertama


Assalamualaikum

Anda Ibu Hamil trimester pertama? Mesti teruja kan lebih-lebih lagi kalau kandungan itu anak pertama. Macam saya dulu lah rasa excited je nak baby tuh membesar dan lahir ke dunia

Tapi nanti dulu.... Momy perlu persiapkan segala ilmu kehamilan bagi menjamin kesihatan diri dan baby berada di tahap terbaik. Jangan tak ada ilmu tau bahaya, nanti fizikal dan mental kita cepat je down

Jom saya listkan tips-tips berguna buat Ibu Hamil di trimester pertama. Amalkan tau In Sha Allah membantu anda

1) Cari Maklumat
  • Cari seberapa banyak maklumat mengenai kehamilan di trimester pertama hingga trimester ke tiga. Anda boleh dapatkannya di majalah, internet dan buku-buku kehamilan. Ia penting bagi mengelak anda terkejut, tertekan dan hilang arah bila sesuatu terjadi di awal kehamilan anda
2)  Jaga dari Dehidrasi
  • Kebiasaanya Ibu Hamil trimester pertama akan alami simptom mual dan muntah, jadi anda akan banyak kehilangan air. Sila pastikan anda minum air masak dan air buah-buahan secukupnya iaitu lebih 2 liter sehari. Ini bagi mengelak dari anda sakit kepala, pecah bibir, pucat dan tekanan darah rendah. Minum banyak air juga mampu mengelak dari sembelit yang biasa dihadapi oleh Ibu-ibu hamil
3) Diet Seimbang
  • Ubah mind set untuk makan banyak kerana anda makan untuk dua orang. Ini silap ye Mommy... hanya tempoh 3 bulan terakhir sahaja anda memerlukan lebih 200 kalori sehari. So jangan makan semahunya nanti sakit lain pulak datang. Pastikan juga hidangan anda berkhasiat, lebihkan sayuran dan buahan dan ambil sarapan dari bijirin seperti roti, pasta dan nasi. Anda juga digalakkan mengambil lebih protein dari ikan, daging, telur serta minuman tenusa. Oh ye saya amalkan Energizing Soy Protein (ESP) as sumber protein sihat dan semulajadi
4) Elak Penyebab Muntah
  • Hindari diri dari bau-bauan yang memualkan serta amalkan gosok gigi selepas makan dan bangun secara perlahan-lahan dari pembaringan bukan secara spontan. Ini bagi mengelak anda mual dan muntah
 5) Jalani Pemeriksaan Antenatal
  • Anda wajib jalani pemeriksaan Ibu mengandung sebelum minggu ke-12. Tidak kiralah pilihan anda di klinik swasta atau kerajaan. Ini bagi memudahkan Doktar memantau tahap kesihatan anda dan bayi dalam kandungan
 6) Makan Ikan
  • Kajian mendapati minyak ikan yang mengandungi lemak Omega 3 memberikan kesan yang baik ke atas praeklamsia, berat dan perkembangan otak bayi. Hal ini kerana minyak ikan Omega 3 mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega 3
  • Antara ikan yang disyorkan adalah ikan tenggiri, salmon dan sardin. Tapi jika anda bukan penggemar ikan atau anda rasa susah nak amalkan diet ini saya syorkan anda mengambil Minyak Ikan Omega 3 dari Shaklee. Ianya lengkap dan sesuai untuk Ibu-ibu hamil. Jangan risau bahannya adalah semulajadi dan tidak bertoksik seperti sesetengah minyak ikan lain yang berada dipasaran


7) Rajin Bersenam
  • Jangan fikir Ibu Hamil tidak boleh bersenam dan membahayakan kandungan. Pakar perubatan menyatakan senaman mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina yang membantu mengawal emosi dan perasaan. Jadi anda sentiasa ceria dan tidak murung. Senaman yang digalakkan adalah berjalan, berenang dan aerobik air
8) Senaman Lantai Pelvis
  • Sejak dari awal kehamilan anda digalakkan untuk mengamalkan senaman lantai pelvis. Ini bagi memudahkan proses kelahiran dan baik untuk kesihatan anda selepas melahirkan. Lakukanlah 3 kali seminggu

9) Kurangkan Minuman Berkafein
  • Pakar perubatan berpendapat jika Ibu hamil banyak mengambil kafein, ia akan meningkatkan risiko berat bayi yang terlalu ringan dan juga risiko keguguran. Dicadangkan anda cuma mengambil dua cawan kopi atau empat cawan teh sehari. Sebaik-baiknya beralih pada minuman tanpa kafein seperti jus buah-buahan dan air kosong yang dicampurkan dengan perahan limau dan lemon
     

 


Cukup 9 tips yang ingin saya kongsikan bersama anda. Harap membantu anda menempuhi trimester pertama dengan cemerlang dan gemilang. Masih ada lagi 2 trimester yang menunggu. Hidup mesti ceria-ceria ye....

Anda perlukan Vitamin Tambahan?

Vitamin tambahan buat Ibu Hamil diperlukan bagi menutupi lompong-lompong kekurangan kalsium dan mineral dalam badan. Segala nutrisi perlu dikongsi bersama anak, kadangkala apa yang kita makan belum mencukupi/ kurang jadi vitamin lah yang membantu untuk 'top up' kekurangan tersebut

Set Kehamilan Shaklee adalah pilihan bijak Ibu-ibu moden ketika ini. Diekstrak dari bahan semulajadi, tanpa bahan kimia dan pengawet serta perasa tiruan. Ia juga halal dan selamat digunakan

Anda boleh hubungi saya pada maklumat yang tertera di bawah. In Sha Allah saya berikan consultation percuma dan harga terbaik

Didatangkan juga dengan Set Bajet Kehamilan!

Set Lengkap Ibu Hamil
 
PERHATIAN: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:

Susanti Suhaimi

♥ SMS/WhatsApp: 013-8471769
♥ Emel : putri_jebat@yahoo.com

Soal Jawab Mengenai Vivix. Kenapa kita perlukan Vivix?

Assalamualaikum

Promosi July 2014 is Vivix si tonik ajaib. Actually banyak kelebihan Vivix ni terutama untuk mereka yang menghidapi sakit kronik seperti Kanser, Sakit Jantung, Darah Tinggi, Kencing Manis, Stroke dan Angin Ahmar


Apa itu Vivix?

Vivix merupakan kordial bewarna merah pekat dan rasanya masam-masam manis seperti rasa Ribena. Jangan risau rasanya sedap bukan disaster macam ubat batuk ye..

Vivix dari 4 ramuan semulajadi iaitu Anggur Muscadine, Purple Carrot, Elderberry dan Polyganum Cuspidatum. Kesemua ramuan ini menghasilkan:
  • Anti Oksida yang tinggi
  • Anti Kanser
  • Anti Radang
  • Anti Penuaan
  • Memberi perlindungan pada jantung
  • Memperbaiki penghadaman dan penglihatan
  • Mengurangkan masalah Diabetis dan banyak lagi kelebihan lain

Berapa Harga Vivix?

Harga pasaran RM475 sebotol tapi untuk bulan July 2014 Shaklee berbaik hati untuk runtuhkan harga. So boleh pakat order ramai-ramai bagi dapatkan harga yang jauh lebih murah sehingga beza beratus-ratus bagi sebotol Vivix. Ye... sila percaya!

Anda Rasa Mahal? 
Untuk pengetahuan semua, sebiji anggur Muscadine yang sebesar biji bola golf mencecah RM100 di pasaran? Nilainya yang agak tinggi disebabkan kandungan Resveratrol yang merupakan bahan utama Vivix

Kandungan Resveratrol?

Resveratrol merupakan Anti Oksida yang terdapat pada buah anggur. Paling banyak didapati pada kulit buah anggur bagi mengelak dari buah tersebut terkena kulat dan rosak. Tetapi hanya buah anggur jenis Muscadine sahaja tahap resveratrolnya tinggi, tidak pada anggur biasa. Sebab itu anggur dipasaran cepat busuk

Khasiatnya sudah tentu untuk memelihara DNA sel yang rosak akibat radikal bebas. Bayangkan jika sel-sel badan kita rosak dan tidak dipelihara, segala jenis penyakit cepat je menyinggah terutama sakit kronik seperti kanser, diabetis dan jantung

Jadi tidak hairanlah sebotol Vivix beratus-ratus harganya sesuai dengan khasiat yang kita peroleh. Kira tak rugi membeli expecially time promosi ni kan? Apalah sangat jika dibandingkan dengan bil-bil hospital dan rasa sakit yang kita tanggung bila penyakit tuh dah makin kronik. Betul tak?

Berapa lama Vivix Bertahan?

Pengambilan Vivix cuma satu sudu teh sehari sekali. Jika kita sorang sahaja yang amalkan, sebotol boleh bertahan selama hampir 2 bulan. Kalau anda bijak bahagikan harga sebotol dengan 60 hari. Lebih kurang sehari RM5.50 sahaja

Pantang Larang Vivix

Harus diingat Vivix tidak boleh diamalkan oleh Ibu Hamil dan Menyusukan anak. Hal ini kerana tahap anti oksida yang tinggi boleh membahayakan janin. Bagi Ibu menyusu pula, susu Ibu agak pelik rasanya dan menyebabkan anak anda tidak mahu lagi menyusu

Testimoni yang Berjaya dengan Vivix

Alhamdulillah semakin ramai percaya dan yakin dengan kehebatan Vivix. Rata-rata bagi feedback yang positif setelah mengamalkan Vivix secara konsisten. Kira pelaburan yang berbaloi untuk kesihatan anda

Anti Kanser

Anti Penuaan

Bacaan Diabetis Turun

Pesakit Stroke

Apa tunggu lagi jom hadiahkan untuk diri dan orang tersayang. Ambil kesempatan time murah-murah ni. Sesuai lah untuk kita yang kurang bajet tapi teringin nak beli Vivix. Ada customer yang siap beli 6 botol tau. So dapat FREE satu botol Vivix

Promosi Sah Sehingga 31 July 2014

PERHATIAN: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:

Susanti Suhaimi

♥ SMS/WhatsApp: 013-8471769
♥ Emel : putri_jebat@yahoo.com



 

Thursday 10 July 2014

Pengalaman & Rawatan Selepas Keguguran


Assalamualaikum

Hai guyz... today saya nak bercerita pengalaman saya yang penah keguguran anak pertama last year (2013)

Saya berkahwin 18 August 2013 dan memang cita-cita nak cepat dapat anak. Maklum lah kahwin pon x brape nak muda kan? Dah 26 tahun so buat apa nak rancang-rancang. Hehe

Sebelum kahwin memang saya amalkan Shaklee untuk kecantikan kulit dan penjagaan dalaman badan. Salah satu produk dalam Set Kulit Shaklee is B Complex which is untuk kesuburan juga

B Complex ~ Merupakan vitamin B yang lengkap di pasaran yang membantu memberi tenaga segera, merangsang pertumbuhan otak kanak-kanak, meredakan stress, kesihatan mata dan kulit serta kandungan asid folic membantu dalam kesuburan serta kehamilan wanita


Saya ada terbaca beberapa artikel di blog Dr. Zubaidi dan blog kesihatan lain, nak cepat dapat anak make sure ambil Asid Folic 3- 6 bulan sebelum berkahwin. So saya amalkan secara konsisten. Bukan sebab pikir nak anak je tapi untuk kesihatan keseluruhan sebenarnya

Disahkan Hamil

Sebulan selepas berkahwin period saya lambat 4 hari, biasa period jenis on time so time tuh memang teruja. Check upt negatif pulak, kecewa sikit la. Lepas seminggu tak jugak period last-last check upt lagi Alhamdulillah positif!

Kondisi Janin Lemah

Siapa tak teruja kan? Tapi sayang saya tak gali ilmu dan petua untuk menjaga kehamilan. Memang saya amalkan Set Kehamilan Shaklee, just ambil B Complex sahaja tapi ilmu penjagaan memang zero. Saya makan je apa nak makan then lasak. Hari pertama doktar sahkan saya hamil 5 minggu hari tersebut juga doktar sahkan kandungan saya lemah. Ada beberapa tompokan coklat pada panties. Saya disyorkan ambil Asid Folic secara konsisten untuk menguatkan rahim dan jaga pergerakan serta pemakanan

Keguguran 6 Minggu

Selepas 5 hari saya rasakan keadaan sedikit teruk. Selalu sakit di bahagian ari-ari dan tompokan coklat semakin gelap. Satu subuh selepas bangun dari tidur terkeluar cecair merah dan ketulan pada panties. Subhanallah tuhan je yang tau perasaan saya ketika itu. Risau dan sedih. Saya fikirkan apa jadi pada kandungan?

Saya dan suami bergegas ke Hospital Razif untuk mengetahui keadaan anak kami. Doktar sahkan ianya sangat lemah dan 50-50. Saya menangis semahunya dan salahkan diri kerana tidak menjaga sebaik-baiknya pemberian Allah. Malam tersebut janin kami keluar sepenuhnya. Saya masih ingat janin itu, seketul darah beku yang diselaputi karung. Allah sahaja yang tahu betapa remuknya hati kami suami isteri

Amalkan Set Kehamilan Shaklee

Seminggu saya dalam keadaan murung dan cuba terima kenyataan. Suami dan rakan-rakan rapat merupakan pendorong saya. Saya bangkit dari rasa kecewa dan berazam untuk hamil lagi. Doktar sarankan berehat untuk 3- 6 bulan

Dalam tempoh berehat itu lah saya carik maklumat tentang penjagaan selepas gugur. Dari blog Doktar Zubaidi dia syorkan amalkan vitamin tambahan untuk menyembuhkan dan menguatkan rahim. Vitamin yang disarankan adalah Asid Folic, Vitamin C dan Multivitamin

Saya dapati Shaklee ada kesemua vitamin tersebut. Dah memang saya pengguna tegar Shaklee kan so saya tekad nak amalkan secara konsisten. Saya add on Enerizing Soy Protein (ESP) dan Collagen Powder



Jom saya ringkaskan kebaikan setiap vitamin di atas

B Complex (Asid Folic) : Menguatkan rahim dan mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ia juga penting dalam menghasilkan DNA baru atau menggantikan DNA yang telah rosak selepas keguguran

Vitamin C : Sumber kolagen yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan disyorkan diambil oleh mereka yang baru mengalami keguguran

Multivitamin : Vita Lea Shaklee merupakan sumber multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral. Membantu tubuh berfungsi dengan lebih baik serta sumber tenaga

Zinc Complex : Mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan luaran, so no need pati minyak ikan haruan. Ehe! 

ESP : Sumber protein di mana membantu menukarkan sel- sel badan yang telah rosak kepada sel-sel yang baru. Jadi proses penyembuhan rahim juga cepat berlaku

Hamil Semula

Selepas sebulan saya keguguran period tak juga muncul-muncul. Dalam hati tertanya normal ke period tak regular lepas gugur atau saya hamil lagi? Tapi saya memang tak harapkan apa-apa just take care dan tak buat kerja lasak

Awal bulan 11 iaitu 6 minggu selepas keguguran dan period tak muncul saya tekad buat ujian upt. Ya Allah bahagia rasa... saya hamil lagi! Kiranya sebulan selepas gugur dan tak sempat period saya hamil. Dalam hati dah terdetik 'ni mesti doktar bising sebab tak rehat 3 bulan' Hehehe

Actually tak rancang pon nak hamil terlalu cepat. Mungkin dah memang tertulis ini rezeki saya dan ikhtiar saya menggunakan Shaklee untuk sembuhkan luka di bahagian rahim




Alhamdulillah dengan izin Allah dan ikhtiar saya bersama Shaklee akhirnya impian nak jadi Ibu buat kali kedua tercapai. Dalam masa yang singkat pulak tuh. Rezeki jangan di tolak!

Nanti saya share ok entry mengenai kehamilan dan produk Shaklee yang saya gunakan sepanjang kehamilan. Now saya sedang menghitung hari untuk bergelar Ibu. Dah 37 minggu 5 hari. Doakan saya ye kawan-kawan...

Boleh rujuk blog Dr. Zubaidi di http://drzubaidi.com/blog/


PERHATIAN: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:

Susanti Suhaimi

♥ SMS/WhatsApp: 013-8471769
♥ Emel : putri_jebat@yahoo.com

Tuesday 8 July 2014

Tanda-Tanda Bersalin

Assalamualaikum


Menghitung hari detik demi detik.....
Itu lah yang saya alami sekarang. Bakal melahirkan cahaya mata pertama and yes memang rasa nak gugur jantung ni. Bedebar, excited, teruja, takut, semua ada sebab ini merupakan pengalaman pertama dalam hidup

Saat entry ini ditulis, cek bebi sudah pun 37 minggu dalam kandungan. Bila dah cukup bulan ni memang sentiasa rasa sakit kat bahagian abdomen dan pinggang. Kadang tuh ingat dah nak bersalin tapi tak bersalin-salin pon. Hehehe

So dengan gigihnya saya google apa tanda-tanda bersalin? Maklumlah Ibu tak berapa muda yang zero and tak ada pengalaman. So here saya nak share dengan anda semua. Jom sama-sama baca

1)  Kerap Membuang Air Kecil
  • Cek bebi dah makin besar dan kepala baby berada dibawah betul-betul ditengah-tengah tulang pelvis dan berdekatan dengan pundi kencing. So baby comel tuh dah menghimpit pundi kencing kita. Maka jangan pelik kalau toilet dah jadi rumah kedua
2) Sakit Belakang Di Bahagian Bawah
  • Anda akan rasa sakit di bahagian belakang, pelvis dan abdomen kerana berlaku regangan yang kuat pada ligamen rahim dan pelvis
  • Hal ini disebabkan cek bebi sudah semakin membesar dan berat
3) Cirit Birit
  • Dilewat kehamilan tubuh akan mengeluarkan hormon kehamilan yang akan bertindak balas dengan usus serta menyebabkan kekejangan abdomen dan longgar. Jadi anda semakin kerap membuang air besar
  • Harus diingat kekosongan usus juga memberi ruang/ laluan buat cik baby
4) Keputihan
  • Cecair keputihan yang biasanya bewarna putih akan kerap keluar melalui faraj dan ianya normal. Jika keputihan tersebut bertukar warna kuning dan kehijauaan anda disyorkan mendapat nasihat dari doktor O&G
5) Engages
  • Engages merupakan satu keadaan dimana cik baby sudah  berada dibawah tengah tulang pelvis
  • Untuk kelahiran pertama biasanya baby akan engages dalam tempoh 2- 4 minggu sebelum tarikh EDD
  • Bagi kelahiran kedua dan seterusnya biasa baby tidak engages terlalu awal kerana otot pelvis sudah pun regang
6) Kontraksi Braxton- Hicks
  • Kontraksi ini seperti sakit sengugut yang semakin kerap datang namun kesakitannya tidak seperti kontraksi kelahiran
  • Kontraksi ini membantu menipis, memendek dan membuka serviks anda sedikit demi sedikit
  • Ia akan berlangsung selama 1- 2 minggu sebelum kelahiran cik baby
7) Lendir Pekat dan Pendarahan
  • Kontraksi Braxton- Hicks akan menyebabkan pluk mucus tertanggal
  • Pluk mukus bertindak sebagai pendinding untuk mengelak jangkitan kuman atau benda asing memasuki faraj dan menggangu cik baby
  • Plus mukus merupakan cecair pekat yang bercampur darah, once pluk ini tertanggal ia membolehkan bayi bergerak turun ke bawah perlahan-lahan. Proses kelahiran akan berlaku
8) Pecah Air Ketuban
  • Hanya 1 dari 10 Ibu Hamil akan pecah air ketuban sebelum kelahiran
  • Selepas pecah ketuban, biasanya proses kelahiran akan berlaku dalam tempoh 24 jam bagi mengelak dari sebarang jangkitan kuman
  • Maka Ibu-ibu dinasihatkan bersegera ke hospital dan sambutlah kelahiran orang baru dengan tenang!
Jadi bakal-bakal Ibu sekalian harus perhatikan ye perubahan diri di lewat kehamilan ni. Sentiasa berjaga-jaga dan jangan lupa sediakan barangan Ibu dan bayi untuk ke hospital. Once dah sakit terus je shoot ke hospital pilihan

Gud luck to me and to us!


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:


Susanti Suhaimi

♥ SMS/WhatsApp: 013-8471769
♥ Emel : putri_jebat@yahoo.com