Monday 8 September 2014

Rebut Peluang Keahlian Percuma & RM100 dari Shaklee

Assalamualaikum

Hamboi dengar Free Keahlian dan RM100 semua membuntang mata kan?

Yes tawaran ini hanya SAH untuk bulan September 2014 sahaja. Tapi dengan bersyarat ye. Ala syaratnye pon tak susah dong!

Sekotak ada 15 Sachet


Syarat Dan Kelebihan

1- Dapatkan promosi Collagen Powder untuk bulan September 2014. Anda hanya perlu membeli 6 kotak Collagen dan berpeluang mendapat satu kotak Collagen secara percuma bernilai RM298

2- Selepas pembeliaan anda layak mendapat keahlian percuma dan kos penghantaran juga adalah percuma. Wah segala-galanya percuma ye. Best kan?!

3- Bukan itu je.... Pada 14 atau 15hb October 2014 anda layak mendapat bonus bernilai lebih RM pemberian Shaklee cash bukan ansur-ansur. Hehehe....

4- Consultation percuma dari saya, dari cara pengambilan, pantang larang dan kesan selepas pengambilan. Jangan risau saya tak tinggalkan anda terkontang kanting sorang-sorang

5- Jika berminat, anda juga layak untuk memulakan perniagaan bersama Shaklee. Saya akan bimbing dari zero sampai anda yakin untuk menjana pendapatan 2, 3, 4 atau lebih angka

6- Selepas anda serius berbisnes, anda juga layak mendapatkan percutian percuma dalam & luar Negara, peluang melakukan Umrah, bonus kereta setiap bulan dan award khas dari Shaklee. Segalanya PERCUMA ye tanpa agenda tersembunyi. Ehe

Ha mesti ada yang berkerut dahi dok pikir macam mana lah nak beli 6 kotak collagen tuh. Ingat murah ke? (saya dah tau dah apa uols pikir..)

Senang je uols.... SHARE bersama rakan, saudara dan mak ayah. Hebahkan kebaikan Collagen dengan rakan-rakan then boleh share beli ramai-ramai. Cukup 6 kotak boleh terus submit order dengan saya. Simple kan?



Ok saya ringkaskan info dan kebaikan Collagen Powder yang super power!

~ Diekstrak dari 4000mg collagen Sisik Ikan Merah kerana kandungan collagenya bermutu tinggi serta tulen

~ Rumusan lain dalam Collagen ialah ekstrak biji Camelia Japonica, ekstrak kekerang, Lactobacilus, Vitamin B dan C

~ Ia mampu mencantikkan kulit dengan kesan yang ketara. Ada customer baru ambil 4 sachet dah nampak kesan

~ Mengecilkan liang pori terbuka serta anti kedutan

~ Mencerah secara sekata dan mengurangkan pigmentasi seperti jerawat dan jeragat

~ Collagen juga mampu melembapkan kulit so kulit anda kelihatan glowing even tak pakai pelembap

~ Menyuburkan rambut dari bercabang dan rosak serta memulihara kesihatan kuku

~ Membantu mengekalkan kesihatan tulang dan sendi

Jom kita intai-intai testimoni yang dah berjaya. Kira pelaburan paling menguntungkan demi kesihatan dan kecantikan kulit yang berpanjangan







So you guys apa tunggu lagi. Peluang keemasan cuma muncul setahun sekali. Jangan risau ye if tak mampu nak beli 6 kotak, sekotak Collagen pon saya jual MURAH. Jom ORDER!!

PERHATIAN: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:

Susanti Suhaimi

♥ SMS/WhatsApp: 013-8471769
♥ Emel : putri_jebat@yahoo.com


Ngeri ke Bersalin Normal?

Assalamualaikum

Dah bersawang rasa blog neh since kita tengah berpantang. Yes im a Mom now!


Gambar kat atas masa pregnant 32 weeks. On Shaklee Award 2014 wif my beloved husband. During pregnancy memang banyak suka dan duka. Makin nak deliver makin lah menggeletar badan sebab takut nak bersalin dan kena jahit kat tut.. Hihi....

Tapi Alhamdulillah pengalaman bersalin saya cukup senang dan dipermudahkan Allah. Once dah cukup bulan saya amalkan surah Maryam, makan buah dan sayuran, banyak berjalan dan berdoa. Lagi satu rahsia saya khatam Al- Quran sebelum deliver. Ye ini amalan saya dalam tempoh mengandung 9 bulan, saya mengaji sehingga khatam walaupun menghadapi pelbagai rintangan macam mabuk teruk, sakit pinggang, kepala dan masuk hospital

Early Contraction

Kontraksi bermula since 36 weeks lagi, masa tuh dah seriau and pikir 'Aku nak beranak ke hari ni'. Early contraction tuh macam rasa sengugut datang dan pergi tapi tak kerap lah, selalu kuar masuk toilet and sakit pinggang terlampau. Tapi tak juga beranaknya

Kontraksi Sebenar

20 July 2014 kandungan 39 minggu, saya ajak husben pergi PKNS nak carik baju raya Mak, Abah and MIL. Masa tuh memang sarat sangat jalan pon asik pegang pinggang je tapi biasa la perempuan tengok baju rambang mata. Terus lupa perut memboyot. Habis satu PKNS dok tawaf. Bukan sekali tapi berkali-kali. Husben dah risau tengok wife temengah-mengah. Masa tuh dah rasa sakit kat ari-ari. Tapi buat dek je nak raya punye pasal. Hihi....

Balik dari PKNS terus tido dan bangun sahur pukul 3 pagi. Ha masa ni la rasa semacam, sakit perut selang 10 minit, sakit pinggang tak terkata tapi tetap gagah lagi nak puasa. Sakit berterusan sampai husben mandi and siap-siap get ready takut hari tuh jugak bersalin. Cakap dekat husben belum lagi kot sebab tak ada keluar apa-apa tanda langsung.

Dalam pukul 10 pagi sakit makin teruk dan MIL dah bising-bising suruh pergi hospital even tak ada keluar tanda. Dia takut bersalin kat rumah je nanti. Sape nak sambut? Hihi. Selepas menanggung kesakitan yang teramat akhirnya kami pergi juga hospital. That time pikir datang utk check je dan langsung tak pikir akan bersalin. Padahal contraction selang 5  minit ok!

Sampai Hospital Bersalin Razif which is hospital yang we oll dah book awal-awal dalam pukul 1 tengah hari. Sakit tak usah kata la mereka yang dah bersalin je tau kan? Ehe! Lepas doktar seluk-seluk dia cakap bukaan dah 5cm!! What?! Saya and husben memang terperanjat beruk. Husben siap tanya doktar kenapa bukaan dah 5cm tapi tak ada apa-apa tanda pon keluar. Doktar kata memang ada kes macam ni. Huh... Nasib baik kitorang pergi jugak hospital kalau tak boleh jadi bersalin kat rumah. Hihihi...

Lepas doktar check saya terus masuk wad dan nurse pasang CTG. Doktar jangka dalam pukul 6 petang saya baru bersalin. Sebab sejam akan bukak 1cm je. Masa pasang CTG memang perut rasa bergegar. Baring dah serba tak kena. Masa tuh tuhan je tau rasa sakit yang saya tanggung. Zikir je pengubat hati dan husben pon makin panik. Terus husben panggil nurse dan nurse stopkan CTG dan masukkan ubat kat montot utk paksa buang air besar. Husben terus ambil wuduk dan sembahyang Zuhur dan saya bertapa dalam toilet. 'Membuang' pon takut-takut tau. Heeeeee!

Labor Room

Lepas 'melabur' saya terus dimasukkan ke labor room dalam pukul 2 petang. Perasaan masa tuh? EXCITED! Tak sabar nak ilang rasa sakit yang terlampau. Orang kata lepas beranak segala sakit akan hilang. Husben memang jadi peneman setia sepanjang masa. He hold my arm and zikir tak berhenti. Sapa tak risau kan? Anak sulung....

Masuk je labor room, doktar terus seluk dan jln dah bukak 6cm. Teros air ketuban dipecahkan, memang dengar la air ketuban tuh melimpah. Hihi.... Lepas air ketuban pecah je sakit yang terlampau jadi makin melampau. I means sakit gila-gila ok! Teringat kata-kata seorang kawan jangan bazirkan tenaga dengan mengerang dan menjerit. Zikir je cukup. Husben ajak sembang pon saya tak layan. Sakit kot! Tak pernah rasa sakit macam ni sekali

Bukaan 9 cm!

Nurse datang dan nak bagi injection. Saya yang tengah mengigil kesakitan tanya 'Awak nak bagi epidural ke?' Kalau nak bagi sumpah la saya tak nak. Dia cakap bukan epidural, ni injection yang memang dah ada dalam pakej bersalin diorang. Injection ni as penahan sakit masa doktar jahit kat tut dan mempercepatkan bukaan jalan yang baru 6cm. Lepas je kena inject kat montot memang cepat lah jalan tuh bukak. 9cm ok! So its time to deliver beybeh!

Push and Push

Masa dah bukak 9cm nurse tak bagi push lagi. Tunggu 10cm katanya. Tapi disebabkan sakit yang terlampau saya push je. Haha.. Masa tuh menanges tapi tak keluar air mata. Rasa sakit macam nak 'membuang' dan nak lepaskan juga. Saya genggam tangan husben sekuatnya. Dan bila doktar datang dan ready untuk sambut baby saya terus push sekuatnya. Tapi sayang teknik 'push' tak betul dan tenaga bazir macam tuh je. Nafas pon dah pendek-pendek. Doktar dan dua orang nurse tetap bagi sokongan positif  dan ajar teknik push yang betul. Nurse tolong tolak perut ke bawah dan doktar bagi arahan. The last part dan last energy mungkin, saya push sekuat hati dengan nafas yang panjang dan yahoo..... anak den dah keluar oiii....

She Safely Delivered

My baby girl selamat dilahirkan pada 21 July 2014 bersamaan 24 Ramadhan 1435H tepat pukul 3.36pm di Hospital Bersalin Razif Klang. Perasaan? Gembira dan puas tak terkata. Segala sakit yang saya tanggung selama 9 bulan hilang! Saya pandang husben dan katakan pada dia 'Anak Kita' sambil kami renung si baby di tepi katil. Ha sweet ke tidak? So uolss kalau boleh ajak la husben ada bersama di labor room. At least dia dapat rasa kesakitan kita so in future tak adalah dia nak buli isteri lebih-lebih kan? Hihi

Jahitan Sakit?

If tanya saya.. Of cos saya kata masa doktar jahit tuh tak rasa apa. Tapi memang dia jahit lama sambil nurse bersihkan baby dan bagi injection Hepatatis B dan Vitamin K. Suami tak sanggup tengok kot dok sembunyi muka dekat tirai katil. Lawak pulak bila ingat nasib la dia tak pengsan ke muntah. Hihi....

I'm a Mom

Alhamdulillah dengan title baru dan amanah baru dari Allah. Sesungguhnya anak ini pinjaman beharga buat kami dan kami namakan dia Ainul Mardhiah Binti Mohd Hairul Yatim di ambil dari nama bidadari syurga buat para syuhadah. Moga dia jadi saham syurga buat kami. Amin

Jom layan gambo dulu... Heeeeeeeeeeeeee!


Hospital Bersalin Razif

Baby Details
 
Baby Ainul Mardhiah Day 1
 
Cinta Hati Ibu


Cukuplah untuk beberapa keping gambar neh. In sha Allah ada kesempatan saya share pakej hospital bersalin swasta yang saya dah survey dan kenapa Hospital Razif jadi pilihan. As for me pengalaman bersalin merupakan detik paling indah untuk dikenang. Eceh! (padahal kat labor room dh cakap dalam hati takmo pregnant lagi. Hihii) Even sakit tapi lepas deliver hapy giloss bak hang. Nak-nak lagi dapat peluk and cium baby sendiri. Puas! So jangan takut-takut untuk deliver keh! Sakit macam semut je.. (ok tipu...)

Ok lah nak sambung nenenkan anak. Bai!

*********************************************************************
Inginkan Set Mengandung & Berpantang Shaklee?
Ingin tahu kebaikan produk semulajadi ini?

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:

Susanti Suhaimi

♥ SMS/WhatsApp: 013-8471769
♥ Emel : putri_jebat@yahoo.com