Monday 10 October 2016

Travel dengan Si Manja ke Bali

Assalamualaikum,

Episod bersambung di hari ketiga di Bali. Lepas check out Harper Hotel Kuta, bapak supir terus bawa kami ke Nusa Dua which is kawasan pantai. Time tuh dah pukul 11 oi matahari mencacak kat atas kepala. Wrong timing!

Nusa Dua ni if uols nak buat aktiviti pantai macam scuba, jet skit, naik belon or else so boleh singgah sini. Tapi as for me yang kendong anak kecik tak rasa bernafsu nak buat aktiviti pantai. Just datang tengok-tengok dan balik

Boring kan? Hahaha (maaf gamba dekat tepon apak. tak sempat mak nak amek)

Lokasi seterusnya ke Pandawa Beach. MasyaAllah I think ni pantai paling cantik yang pernah I tengok sepanjang hidup. Melampau tak ayat? Hahaha. Serius superb lawa, pantai ni baru je setahun buka dekat orang awam so belum dicemari, kedai pon tak banyak dan tiada hotel berhampiran. Jadi keaslian pantai masih kekal tanpa pembangunan. Korang akan lalu kawasan macam terbiar dan sudenly jumpe jalan yang kelilingnya batu. Kira dia nak buat jalan ni dia pecahkan tembok batu ni. Seperti gamba di bawah.




Ainul merengek start dari keluar kereta sampai balik.
Kau rase masih bernafsu lagi nak bejalan?

Tapi sayang we ols datang time panas terik so hanya mampu snap gambar dan balik. Ainul pulak puteri salju, panas sikit merengek memang we ols tak ada nafsu nak explore. 

Lepas berlengas dekat pantai we ols cakap kat bapak supir bawa kami ke Krisna Mall, tempat shopping cenderahati untuk kawan dan family kat Malaysia. Nasib mall ada ekon so sedap la tangan mencapai beli apa patut. Penuh tiga bakul hanya utk cenderahati je. Hahaha

Bila dah penat perut pon lapar, so we ols nak makan nasi padang pulak. Last makan nasi padang masa pergi Bukit Tinggi Indonesia 2013. Dah lama sangat tak pekena sekali dapat senyap laki bini menghadap. Hihi. No worries nasi padang sini halal dan owner sendiri orang Islam Padang. Maaf tiada gambar kat kedai makan as usual bila dah lapar koser I nak pegang phone.


Then we ols excited nak check in private villa yang dah book awal-awal seminggu sebelum ke Bali. Villa ni I yang pilih sebab I dah cakap kat husben I nak private villa yang ada pool dan privasi untuk kami bertiga je. Jom layan our villa

Main entrance

Reception

Laluan ke bilik iteww..
Nak masuk 'rumah' sehari kitorg kena bagi salam dulu..

Taraaaaa.... Beso gabak kau pool. Laki bini je pon yg nk terapongnye tuh..
Romentik d'Amor! Takpe Ainul tapkayah riso dlm perut Ibu mmg dh ada adik. Aha!
Tab ni tak guna pon. Elok aje bunga tuh kat situ sampai we ol's c/out
Pancuran mandi terbuka. Siap ada 'kawan' temankan. Choii!

Nampak sgt tak pro. Amek gamba angle besepah. Ampun!

Nak masak pon boleh uolsss.. 
The Khayangan Dream Villa ni ada dua tempat satu di Kerobokan dan satu lagi di daerah Seminyak. Kami pilih Kerobokan sebab villa ni lebih luas dan sunyi. Villa kami betul-betul dekat kawasan sawah padi, sunyi dan segar. Dah check in apa lagi terjun pool la woi!

Suke korang eh? Gamba amak takde sbb tak ttup aurat.
Name pon private pool takde sape nk skodeng korg eh
Over sangat diva ni!
Ainul punya lah suka swim, dok sengeh-sengeh baba dia rendam dalam air. Lepas dah penat berendam kami mandi2 and rehat-rehat dan timbul idea nak sewa motor nak pusing-pusing daerah Bali. Biasalah laki bini kuat melenjan kan? Hihihi


Malam menjelma... Jeng.. jeng.. jeng.. Kasi suprise sikit :)


Tengok Ainul dah layu, penat sangat kot swim siang tuh, so kami laki bini sedia nak buat projek melenjan Kuta naik motor. Kikiki. Actualy tujuan kami cuma nak pergi Hard Rock Café Bali, sang suami ni suka sangat beli shirt Hard Rock wat koleksi. Wifey ikotkan je. Sepanjang atas motor Ainul tido, wifey pegang phone bagi arahan jalan kat suami. Biasa lah guna waze. Hihihi

Fyi sangat mudah nak ke Kuta, ingatkan jalan mencabar dan jauh tapi alahai, dekat rupanya. Selama ni (sepanjang naik kereta dgn pak supir) kami rasa jauh sebab jammed teruk. Finally sampai juga dekat Hard Rock Shop. Husben excited la dok pilih baju and tiba-tiba dia cakap 'Sayang tak nak baju ke? Abang belanje'. Amboi, dah orang offer mestilah I gigih memilih kan?

Gambar merempit (sila jgn tiru aksi ini)
Sewa motor ni murah je RM30 sehari
Hari ke-4 adalah hari terakhir kami di Bali. Rasa tak nak balik pula since dah duduk private villa kan? Hihi. Pagi tuh I paksa husben dan Ainul bangun ajak naik motor pusing-pusing sawah. Poyo sangat padahal kat Sekinchan (my hometown) sawah bersepah tak pulak nak jelajah naik motor dengan husben.

View sawah
Sampai je dekat villa, staff villa prepare breakfast dekat our room, since dekat setiap villa ada dapur kan? So memang like a King Kong lah.

Breakfast included but tak sedap. Huhu
Lepas breakfast ape lagi, terjun pool. Jakun kan kat rumah sendiri tak ada pool. Hihih


Dah puas berendam, iols terus kemas-kemas barang dan besiap sebab nak pergi air port dah. Alahai sedihnya nak tinggalkan villa ni. Dah bayar mahal-mahal kan, haruslah lenjan amek gambar kat setiap sudut villa. Hihi. Uols nak tau ke berapa I pay villa ni untuk 2 hari 1 malam? Hihi. Nanti dulu lah layan gambar jom!

DIVA ken?
Ibu, Ainul & adik dlm perut. Hihi
Kesian selfie je mampu...

Last Kopek...
Actually we pay RM400++ untuk 2 hari 1 malam dan we ols rasa sangat berbaloi dengan service dan environment yang we ols dapat. Kalau dekat Malaysia, villa macam ni mencecah RM700 untuk satu malam tau. So dekat Bali I tetap cakap still murah.

Seterusnya kami ke Krisna Mall sekali lagi sebelum ke Air Port. Ada saja cenderahati yang tak cukup untuk 'orang kampung'. Hihihi. Lepas dah puas perhabes duit, bapak supir terus hantar kami ke airport. Alhamdulillah kami tak kelam kabut dan releks saja time check in luggage. Ainul pon behave je cuma hari terakhir ni dia tak nak duduk dalam Baby Wearing. Rasa nak patah tangan jugak lah dokong dia sepanjang dalam airport Bali yang besar tuh. Pengsan!




Till we meet again Bali. Will come back again but not soon. Hihi :)
Oh ye, sebelum terlupa.. Masa nak balik dekat airport kita akan dikenakan Airport Tax seorang dlm RM30. So jangan habiskan semua duit buat shopping. Asingkan siap-siap!

Since ini merupakan kali pertama kami travel with kids (Ainul 7 months) so here I nak berikan some tips utk parents yg nak travel

1- Before fly pastikan anak kita belum cukup tidur so that dia akan lena selenanya dalam flight. Kita pun happy!
2- Pastikan ada beg kecil (hand carry) dalam flight yang dah get ready dengan makanan, biskut, roti, air masak dan susu untuk si manja anda.
3- Pastikan anak kita dalam keadaan sihat before fly. Dari rumah urut badan dan perut, takut kembung perut etc and elak dia meragam masa dalam flight.
4- Pastikan juga emergency kit anak dah lengkap. Ubat demam, batuk, sembelit & temometer
5- Pastikan ada bekalan makanan si manja. Saya silap sebab pandang remeh hal ni. Nasib kami baik, wife tour guide nak buatkan bubur nasi untuk Ainul. Now banyak kan kedai baby, biz online jual healthy food untuk si manja. So mudah untuk kita yang nak travel ni. Pilihan yang mudah mestilah makanan jenis yang kering. Bole google or carik dekat instagram untuk belian.
6- Sebelum keluar berjalan pastikan anak cukup rehat dan tidur. Lebih baik kita tidurkan mereka masa dalam kereta otw nak pergi mana-mana tempat. Alarm budak ni kalau dah berdering bingit juga telinga. Hihi
7- Tak perlu berjalan sampai lewat malam. Lebih baik pulang ke hotel awal agar si manja cukup tidur untuk travel pada hari berikutnya. Kira bagi chance cas batery la. Hiks!

Ini sahaja rasa point penting untuk travel dengan anak kecil. So good luck to us. Jangan pernah rasa terbeban travel dengan si manja. Walau kadang leceh, penat dan stress tapi at the end seronok sangat!

Sampai jumpa lagi on the next entry. Bai!

Bercinta Di Bali

Assalamualaikum...

Saja nak sapu sawang dalam blog ni. Aha!

Dah lama tak keudara kan? Rindu ke tidak?
Kita nak share story pasal vacation ke Bali Indonesia baru-baru ni. Tetiba terajin pulak nak taip since goyang kaki dalam opis ni. Asik cerita produk Shaklee je kan? So I nak share pasal holiday pulak

Tajuk pon BERCINTA DI BALI (sila jangan muntah). Actually vacation kali ni surprise dari encik suami sempena birthday isteri yang ke.. tut.... Tapi tak jadi surprise sangat lah since iols ni memang kaki stalker. Dan yang paling best vacation kali ni, we ols angkut sekali our lovely doter Ainul Mardhiah. So bercuti, bercinta, bertiga.... (tak boleh nak bercinta sangat lah jawabnya.. hahaha)

Tak silap husben beli tiket bulan October 2014 dan our vacation on 11 April 2015 sehari selepas my bufday 10 April 2015 (haruslah nak mention?..) Saje pilih tiket MAS sebab nak selesa, bawak anak kecik kan? Plus nak makan free. Hahaha (macam aku pulak yang beli kan?..)

here we GO!
First time Ainul fly. Ok lah behave jugak

We ols depart pukul 12.05pm dan time ni Ainul buat perangai. Iols memang dah get ready roti, bubur and air masak untuk dia. Dia nanges sumbat makanan, nanges lagi sumbat lagi. Hahaha. At d end dia tido dan MAS terus serve makanan. Actualy boleh mintak awal tau makanan tuh even blom timing diorg distribute makanan lagi. Oh ye. Apa yang best naik MAS ni untuk kaum ibu-ibu macam I, time check in kite tak payah susah payah beratur, ada lane khas untuk kita just check in luggage and masuk balai berlepas. Time nak masuk flight pon diorang bagi masuk awal sama taraf dengan yang first class & warga emas you. Hehe. So tak payah berhimpit-himpit ok! So special. Hahaha 

Ainul macam tak rela je apak ciom. Aha!


Lepas 3 jam we ols sampai di Ngurah Rai Internasional Airport Denpasar Bali. Sangat besar dan cantik airport ni. Lepas amik luggage we ols terus carik bapak supir yang kita dah deal sepanjang 4 hari 3 malam dekat Bali. Kami just bayar untuk service dia bawak jalan-jalan je. Satu hari RM116 sahaja, setengah hari RM70 tak silap. Hotel, tiket masuk mana-mana tempat, makan, shopping semua sendiri. Actually ramai tanya part ni, macam mana nak book hotel. Apa susah Agoda, booking.com, trivago kan ado. Kalau pergi ramai-ramai nak stay ala homestay try carik dekat Airbnb. Tinggal klik dah settle.

Jenuh mak nak carik nama laki mak tau! Ramai bebenor pak supir

Destinasi pertama dituju adalah Uluwatu Bali. Kawasan kuil yang ada tebing tinggi tepi laut. Tempat ni cantik tapi mak oi, manusia macam semut, berhimpit, berpanas dan kami cuma singgah situ tak sampai setengah jam. Dari airport nak ke situ ambil masa sejam juga. FYI Bali ni jammed teruk. Ikutkan nak pergi mana-mana tak adalah jauh pon tapi sebab 'macet' (jammed) semua jadi jauh. Nyampah! Kat Uluwatu ada 'kecek dance' sambil tengok sunset tengok orang menari tapi we ols tak nak tengok sebab baca review ramai kata boring plus bawak anak kecik. Kang jadi laen. Nayo mak!


Uluwatu

Ainul gayat ke? hihi

Seterusnya I nak makan! Lapar kot dan tour guide cadangkan pergi Jimbaran which is tempat makan paling romentik muah! muah! Memang romentik pon, harga pon romentik juga. Maaf tak ada gambo makanan yang we ols order since Ainul tak behave time ni. Koser mak pegang phone. Bayar pon teketor-ketor almost RM200 duit Malaysia ok, untuk 2 orang makan. Pengsan!

Romentik ke idok?
But then diorg berdua je pon yg romentik. Pffttt.... 

Dan kami tak sempat nak bermanja kasih... Sobs! Tak de feling anak nanges...

Then we ols nak check in hotel. Sangat mengantuk plus stress Ainul buat perangai. Dia penat kot so radio dia pasang 25 jam sehari. Ko mampu?

Kami pilih guest house kat Ubud, bapak jauh dari Jimbaran. Rasa dekat 2 jam kot! As usual jammed teruk. Pffftt......

Sampai dekat guest house yang cantik, ala-ala kampong, I terus mandikan Ainul, susukan and dengan mak apak dia sekali tertidur. Pukul 11 malam I bangun tengok husben tengah makan. Apa lagi join dua kaki lah. Ha part ni baru dapat romentik, anak tido kan? Kiki. Maaf tiada gambar dalam bilik guest house as usual koser mak pegang phone time anak meragam. Satu malam guest house ni cuma RM70. Murah kan? Tapi lawa wa cakap sama lu. Nama guest house I lupe. Ampun....


Our guesthouse
Breakfast like a boss!
Moning from Bali

Hari ke-2 di Bali, plan nak jalan-jalan area Ubud dan petang terus pergi ke pusat bandar which is Kuta. So we ols pergi Kintamani lunch hadap volcano, pergi kebun kopi, kedai painting dan terus ke Kuta. Oh ye.. Ubud ni kawasan dia bukit-bukit dan sejuk tau, nyaman je tapi yang I tak suka environment dia, upacara keagamaan dia sangat2 kuat, rasa tak selesa. Mana-mana you pergi you akan nampak patung besar gajah dan bau colok bagai. As for me and husben we ols rimas.


Lunch depan Volcano. Mak lupe nama volcano ni. Ampun!


ke kebun kopi ke kita. FOC!
Kopi luak yg femes kat Bali. Buang taik tuh amek kopi then proses. Lalu ke korang? hukhuk..
Dah minum free kite beli kopi wat ole2 yee

Paling best Ainul sangat behave hari ni, masuk kereta dia tidur, time jalan-jalan dia suka tak merengek langsung. Muah ciked kat Ainul.

After ke Ubud terus pergi ke Tanah Lot. Kawasan temple yang sangat sesak tapi kawasa luas sikit berbanding Uluwatu. Banyak we ols amek gambar kat sini tapi up sikit sudah le. Nanti muntah pulok. Hiks!



Sesak kata kau..
Ainul tido this time. Tenang jap. Aha!

Senja meremang we ols decide nak balik, sekejap je kat situ and mesti bapak supir suka tourist like us sebab jenis tak suka pergi satu tempat lama-lama. We ols sangat care dengan Ainul tau. On the way nak pergi kereta, local people 'ngaji' pulak. Adoi! Terus I cakap kat husben 'Baba ples baca something kat Ainul, Ibu risau'. Terkumat kamit lah mulut laki bini macam baca mentera semerah padi. Aha!

After that, we ols terus check in hotel. Part paling best hotel ke-2 ni we ols tak book lagi. Sebab masa kat Malaysia payment using debit card reject! Sampai hati ingat we ols tak ada duit ke? Haha. Tapi bapak supir bilang, enggak payah kabut pak, disini hotel banyak tinggal duit aja. (sila baca ikot slang Indon). Tapi awas if time cuti sekolah uols wajib book awal-awal ok, sebab always full.

So we ols dicide nak check in hotel area Kuta dan betul-betul kat pusat Bandar. Hamek kau dekat jalan Legian yang penuh pub and havoc giler we ols check in. Ape jadahnye!

Harper Hotel. Not recommended. Hihi

Bilik not bad

Lepas mandikan and susukan Ainul kitorang bosan so angkut lah Ainul masok Boba jalan-jalan area jalan Legian. Padahal anak dah ngantuk sangat tuh mak apak gigih lagi nak merayau jalan kaki. As usual environment sangat tak sehat. Kiri kanan bising penuh disko, mat salleh dan bukan salleh pon ikot mabuk, baju tak cukup kain. Adoi! I jeling my husben and cakap 'Suka letew, dah balik jom'. Then we ols terus jalan laju nak masuk hotel, seyes sangat tak selesa. I cuma anak kampong yang penuh adab dan budaya. Gituh.... Oh ye untuk second hotel ni we pay RM170++ per night

Di hari ketiga, rasa malas sangat nak bangun, Ainul lena gila oi. Sebab perut lapar dok kejut laki teman bekpes kat bawah. Turun je cafĂ© kat hotel mata disaji makanan yang sedap belaka. Rambang oi, dah imagine nak makan berbakul-bakul. I suruh husben makan dulu lah sambil nk suapkan Ainul bubur nasi. Oh ye bubur nasi Ainul, wife bapak supir yang buatkan sepanjang kami kat Bali. On vacation ni memang tak sempat lah I nak buat sendiri kan? Hihi

Berbalik pada breakfast kat hotel, suddenly husben datang and told 'Sayang abang geli lah, sini ada serve pork, tuh kat situ ada pork' sambil juih mulut kat sebelah meja we ols duduk. Oh mai! Mati selera wa cakap sama lu. Husben makan roti and wifey for the first time makan coco crunch dengan susu! Sakitnya tuh disini...

Bai2 Harper we ols janji if datang lagi we ols tak nak check in kat sini. Huh!

Perjalanan di hari ketiga...

.
.
.

Eh! macam dah panjang sangat lah entri ni. Korang gigih lagi nak baca ye? Haha
K lah sambung new entry. New entry lagi best sebab ada sotori pasal check in dekat private pool. k Bai!