Monday 10 October 2016

Bercinta Di Bali

Assalamualaikum...

Saja nak sapu sawang dalam blog ni. Aha!

Dah lama tak keudara kan? Rindu ke tidak?
Kita nak share story pasal vacation ke Bali Indonesia baru-baru ni. Tetiba terajin pulak nak taip since goyang kaki dalam opis ni. Asik cerita produk Shaklee je kan? So I nak share pasal holiday pulak

Tajuk pon BERCINTA DI BALI (sila jangan muntah). Actually vacation kali ni surprise dari encik suami sempena birthday isteri yang ke.. tut.... Tapi tak jadi surprise sangat lah since iols ni memang kaki stalker. Dan yang paling best vacation kali ni, we ols angkut sekali our lovely doter Ainul Mardhiah. So bercuti, bercinta, bertiga.... (tak boleh nak bercinta sangat lah jawabnya.. hahaha)

Tak silap husben beli tiket bulan October 2014 dan our vacation on 11 April 2015 sehari selepas my bufday 10 April 2015 (haruslah nak mention?..) Saje pilih tiket MAS sebab nak selesa, bawak anak kecik kan? Plus nak makan free. Hahaha (macam aku pulak yang beli kan?..)

here we GO!
First time Ainul fly. Ok lah behave jugak

We ols depart pukul 12.05pm dan time ni Ainul buat perangai. Iols memang dah get ready roti, bubur and air masak untuk dia. Dia nanges sumbat makanan, nanges lagi sumbat lagi. Hahaha. At d end dia tido dan MAS terus serve makanan. Actualy boleh mintak awal tau makanan tuh even blom timing diorg distribute makanan lagi. Oh ye. Apa yang best naik MAS ni untuk kaum ibu-ibu macam I, time check in kite tak payah susah payah beratur, ada lane khas untuk kita just check in luggage and masuk balai berlepas. Time nak masuk flight pon diorang bagi masuk awal sama taraf dengan yang first class & warga emas you. Hehe. So tak payah berhimpit-himpit ok! So special. Hahaha 

Ainul macam tak rela je apak ciom. Aha!


Lepas 3 jam we ols sampai di Ngurah Rai Internasional Airport Denpasar Bali. Sangat besar dan cantik airport ni. Lepas amik luggage we ols terus carik bapak supir yang kita dah deal sepanjang 4 hari 3 malam dekat Bali. Kami just bayar untuk service dia bawak jalan-jalan je. Satu hari RM116 sahaja, setengah hari RM70 tak silap. Hotel, tiket masuk mana-mana tempat, makan, shopping semua sendiri. Actually ramai tanya part ni, macam mana nak book hotel. Apa susah Agoda, booking.com, trivago kan ado. Kalau pergi ramai-ramai nak stay ala homestay try carik dekat Airbnb. Tinggal klik dah settle.

Jenuh mak nak carik nama laki mak tau! Ramai bebenor pak supir

Destinasi pertama dituju adalah Uluwatu Bali. Kawasan kuil yang ada tebing tinggi tepi laut. Tempat ni cantik tapi mak oi, manusia macam semut, berhimpit, berpanas dan kami cuma singgah situ tak sampai setengah jam. Dari airport nak ke situ ambil masa sejam juga. FYI Bali ni jammed teruk. Ikutkan nak pergi mana-mana tak adalah jauh pon tapi sebab 'macet' (jammed) semua jadi jauh. Nyampah! Kat Uluwatu ada 'kecek dance' sambil tengok sunset tengok orang menari tapi we ols tak nak tengok sebab baca review ramai kata boring plus bawak anak kecik. Kang jadi laen. Nayo mak!


Uluwatu

Ainul gayat ke? hihi

Seterusnya I nak makan! Lapar kot dan tour guide cadangkan pergi Jimbaran which is tempat makan paling romentik muah! muah! Memang romentik pon, harga pon romentik juga. Maaf tak ada gambo makanan yang we ols order since Ainul tak behave time ni. Koser mak pegang phone. Bayar pon teketor-ketor almost RM200 duit Malaysia ok, untuk 2 orang makan. Pengsan!

Romentik ke idok?
But then diorg berdua je pon yg romentik. Pffttt.... 

Dan kami tak sempat nak bermanja kasih... Sobs! Tak de feling anak nanges...

Then we ols nak check in hotel. Sangat mengantuk plus stress Ainul buat perangai. Dia penat kot so radio dia pasang 25 jam sehari. Ko mampu?

Kami pilih guest house kat Ubud, bapak jauh dari Jimbaran. Rasa dekat 2 jam kot! As usual jammed teruk. Pffftt......

Sampai dekat guest house yang cantik, ala-ala kampong, I terus mandikan Ainul, susukan and dengan mak apak dia sekali tertidur. Pukul 11 malam I bangun tengok husben tengah makan. Apa lagi join dua kaki lah. Ha part ni baru dapat romentik, anak tido kan? Kiki. Maaf tiada gambar dalam bilik guest house as usual koser mak pegang phone time anak meragam. Satu malam guest house ni cuma RM70. Murah kan? Tapi lawa wa cakap sama lu. Nama guest house I lupe. Ampun....


Our guesthouse
Breakfast like a boss!
Moning from Bali

Hari ke-2 di Bali, plan nak jalan-jalan area Ubud dan petang terus pergi ke pusat bandar which is Kuta. So we ols pergi Kintamani lunch hadap volcano, pergi kebun kopi, kedai painting dan terus ke Kuta. Oh ye.. Ubud ni kawasan dia bukit-bukit dan sejuk tau, nyaman je tapi yang I tak suka environment dia, upacara keagamaan dia sangat2 kuat, rasa tak selesa. Mana-mana you pergi you akan nampak patung besar gajah dan bau colok bagai. As for me and husben we ols rimas.


Lunch depan Volcano. Mak lupe nama volcano ni. Ampun!


ke kebun kopi ke kita. FOC!
Kopi luak yg femes kat Bali. Buang taik tuh amek kopi then proses. Lalu ke korang? hukhuk..
Dah minum free kite beli kopi wat ole2 yee

Paling best Ainul sangat behave hari ni, masuk kereta dia tidur, time jalan-jalan dia suka tak merengek langsung. Muah ciked kat Ainul.

After ke Ubud terus pergi ke Tanah Lot. Kawasan temple yang sangat sesak tapi kawasa luas sikit berbanding Uluwatu. Banyak we ols amek gambar kat sini tapi up sikit sudah le. Nanti muntah pulok. Hiks!



Sesak kata kau..
Ainul tido this time. Tenang jap. Aha!

Senja meremang we ols decide nak balik, sekejap je kat situ and mesti bapak supir suka tourist like us sebab jenis tak suka pergi satu tempat lama-lama. We ols sangat care dengan Ainul tau. On the way nak pergi kereta, local people 'ngaji' pulak. Adoi! Terus I cakap kat husben 'Baba ples baca something kat Ainul, Ibu risau'. Terkumat kamit lah mulut laki bini macam baca mentera semerah padi. Aha!

After that, we ols terus check in hotel. Part paling best hotel ke-2 ni we ols tak book lagi. Sebab masa kat Malaysia payment using debit card reject! Sampai hati ingat we ols tak ada duit ke? Haha. Tapi bapak supir bilang, enggak payah kabut pak, disini hotel banyak tinggal duit aja. (sila baca ikot slang Indon). Tapi awas if time cuti sekolah uols wajib book awal-awal ok, sebab always full.

So we ols dicide nak check in hotel area Kuta dan betul-betul kat pusat Bandar. Hamek kau dekat jalan Legian yang penuh pub and havoc giler we ols check in. Ape jadahnye!

Harper Hotel. Not recommended. Hihi

Bilik not bad

Lepas mandikan and susukan Ainul kitorang bosan so angkut lah Ainul masok Boba jalan-jalan area jalan Legian. Padahal anak dah ngantuk sangat tuh mak apak gigih lagi nak merayau jalan kaki. As usual environment sangat tak sehat. Kiri kanan bising penuh disko, mat salleh dan bukan salleh pon ikot mabuk, baju tak cukup kain. Adoi! I jeling my husben and cakap 'Suka letew, dah balik jom'. Then we ols terus jalan laju nak masuk hotel, seyes sangat tak selesa. I cuma anak kampong yang penuh adab dan budaya. Gituh.... Oh ye untuk second hotel ni we pay RM170++ per night

Di hari ketiga, rasa malas sangat nak bangun, Ainul lena gila oi. Sebab perut lapar dok kejut laki teman bekpes kat bawah. Turun je cafĂ© kat hotel mata disaji makanan yang sedap belaka. Rambang oi, dah imagine nak makan berbakul-bakul. I suruh husben makan dulu lah sambil nk suapkan Ainul bubur nasi. Oh ye bubur nasi Ainul, wife bapak supir yang buatkan sepanjang kami kat Bali. On vacation ni memang tak sempat lah I nak buat sendiri kan? Hihi

Berbalik pada breakfast kat hotel, suddenly husben datang and told 'Sayang abang geli lah, sini ada serve pork, tuh kat situ ada pork' sambil juih mulut kat sebelah meja we ols duduk. Oh mai! Mati selera wa cakap sama lu. Husben makan roti and wifey for the first time makan coco crunch dengan susu! Sakitnya tuh disini...

Bai2 Harper we ols janji if datang lagi we ols tak nak check in kat sini. Huh!

Perjalanan di hari ketiga...

.
.
.

Eh! macam dah panjang sangat lah entri ni. Korang gigih lagi nak baca ye? Haha
K lah sambung new entry. New entry lagi best sebab ada sotori pasal check in dekat private pool. k Bai!

2 comments:

  1. hui.. mana sambungannya sue.. haha.. gigih komen sini.. bagi sue rasa cam bestkan orang komen kat blog.. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkah... teruja ada org komen. hihi.. sambungan dh siap tp tak uplod gamba lagik. hihi

      Delete