Friday 11 July 2014

Tips Buat Ibu Hamil di Trimester Pertama


Assalamualaikum

Anda Ibu Hamil trimester pertama? Mesti teruja kan lebih-lebih lagi kalau kandungan itu anak pertama. Macam saya dulu lah rasa excited je nak baby tuh membesar dan lahir ke dunia

Tapi nanti dulu.... Momy perlu persiapkan segala ilmu kehamilan bagi menjamin kesihatan diri dan baby berada di tahap terbaik. Jangan tak ada ilmu tau bahaya, nanti fizikal dan mental kita cepat je down

Jom saya listkan tips-tips berguna buat Ibu Hamil di trimester pertama. Amalkan tau In Sha Allah membantu anda

1) Cari Maklumat
  • Cari seberapa banyak maklumat mengenai kehamilan di trimester pertama hingga trimester ke tiga. Anda boleh dapatkannya di majalah, internet dan buku-buku kehamilan. Ia penting bagi mengelak anda terkejut, tertekan dan hilang arah bila sesuatu terjadi di awal kehamilan anda
2)  Jaga dari Dehidrasi
  • Kebiasaanya Ibu Hamil trimester pertama akan alami simptom mual dan muntah, jadi anda akan banyak kehilangan air. Sila pastikan anda minum air masak dan air buah-buahan secukupnya iaitu lebih 2 liter sehari. Ini bagi mengelak dari anda sakit kepala, pecah bibir, pucat dan tekanan darah rendah. Minum banyak air juga mampu mengelak dari sembelit yang biasa dihadapi oleh Ibu-ibu hamil
3) Diet Seimbang
  • Ubah mind set untuk makan banyak kerana anda makan untuk dua orang. Ini silap ye Mommy... hanya tempoh 3 bulan terakhir sahaja anda memerlukan lebih 200 kalori sehari. So jangan makan semahunya nanti sakit lain pulak datang. Pastikan juga hidangan anda berkhasiat, lebihkan sayuran dan buahan dan ambil sarapan dari bijirin seperti roti, pasta dan nasi. Anda juga digalakkan mengambil lebih protein dari ikan, daging, telur serta minuman tenusa. Oh ye saya amalkan Energizing Soy Protein (ESP) as sumber protein sihat dan semulajadi
4) Elak Penyebab Muntah
  • Hindari diri dari bau-bauan yang memualkan serta amalkan gosok gigi selepas makan dan bangun secara perlahan-lahan dari pembaringan bukan secara spontan. Ini bagi mengelak anda mual dan muntah
 5) Jalani Pemeriksaan Antenatal
  • Anda wajib jalani pemeriksaan Ibu mengandung sebelum minggu ke-12. Tidak kiralah pilihan anda di klinik swasta atau kerajaan. Ini bagi memudahkan Doktar memantau tahap kesihatan anda dan bayi dalam kandungan
 6) Makan Ikan
  • Kajian mendapati minyak ikan yang mengandungi lemak Omega 3 memberikan kesan yang baik ke atas praeklamsia, berat dan perkembangan otak bayi. Hal ini kerana minyak ikan Omega 3 mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega 3
  • Antara ikan yang disyorkan adalah ikan tenggiri, salmon dan sardin. Tapi jika anda bukan penggemar ikan atau anda rasa susah nak amalkan diet ini saya syorkan anda mengambil Minyak Ikan Omega 3 dari Shaklee. Ianya lengkap dan sesuai untuk Ibu-ibu hamil. Jangan risau bahannya adalah semulajadi dan tidak bertoksik seperti sesetengah minyak ikan lain yang berada dipasaran


7) Rajin Bersenam
  • Jangan fikir Ibu Hamil tidak boleh bersenam dan membahayakan kandungan. Pakar perubatan menyatakan senaman mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina yang membantu mengawal emosi dan perasaan. Jadi anda sentiasa ceria dan tidak murung. Senaman yang digalakkan adalah berjalan, berenang dan aerobik air
8) Senaman Lantai Pelvis
  • Sejak dari awal kehamilan anda digalakkan untuk mengamalkan senaman lantai pelvis. Ini bagi memudahkan proses kelahiran dan baik untuk kesihatan anda selepas melahirkan. Lakukanlah 3 kali seminggu

9) Kurangkan Minuman Berkafein
  • Pakar perubatan berpendapat jika Ibu hamil banyak mengambil kafein, ia akan meningkatkan risiko berat bayi yang terlalu ringan dan juga risiko keguguran. Dicadangkan anda cuma mengambil dua cawan kopi atau empat cawan teh sehari. Sebaik-baiknya beralih pada minuman tanpa kafein seperti jus buah-buahan dan air kosong yang dicampurkan dengan perahan limau dan lemon
     

 


Cukup 9 tips yang ingin saya kongsikan bersama anda. Harap membantu anda menempuhi trimester pertama dengan cemerlang dan gemilang. Masih ada lagi 2 trimester yang menunggu. Hidup mesti ceria-ceria ye....

Anda perlukan Vitamin Tambahan?

Vitamin tambahan buat Ibu Hamil diperlukan bagi menutupi lompong-lompong kekurangan kalsium dan mineral dalam badan. Segala nutrisi perlu dikongsi bersama anak, kadangkala apa yang kita makan belum mencukupi/ kurang jadi vitamin lah yang membantu untuk 'top up' kekurangan tersebut

Set Kehamilan Shaklee adalah pilihan bijak Ibu-ibu moden ketika ini. Diekstrak dari bahan semulajadi, tanpa bahan kimia dan pengawet serta perasa tiruan. Ia juga halal dan selamat digunakan

Anda boleh hubungi saya pada maklumat yang tertera di bawah. In Sha Allah saya berikan consultation percuma dan harga terbaik

Didatangkan juga dengan Set Bajet Kehamilan!

Set Lengkap Ibu Hamil
 
PERHATIAN: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:

Susanti Suhaimi

♥ SMS/WhatsApp: 013-8471769
♥ Emel : putri_jebat@yahoo.com

0 comments:

Post a Comment