Thursday 26 June 2014

Aduhai Stretch Mark!

Assalamualaikum...

Stretch Mark?? Alahai dah terbayang rekahan buruk kat sekeliling badan!
Biasanya rekahan ni muncul di bahagian perut, peha, pinggu, lengan dan payudara.


Asal pulak terfikir nak buat entry ni?
Ha ni sebab most of my friend yang pregnant dan baru lepas bersalin dok mengadu perut start stretch mark! Buruk katanya dan siap risik-risik lagi supplement Shaklee mana yang berkesan?

Apa Itu Stretch Mark?

Stretch Mark atau rekahan kulit ialah parut atau garisan halus yang muncul kat bahagian tertentu di badan. Actually lapisan kulit kita ni dipenuhi dengan pembuluh darah. Bila kulit kita menegang secara tiba-tiba misalnya orang kurus jadi gemuk atau Ibu hamil yang perutnya semakin membesar, saraf semakin lemah dan akhirnya pecah. Sebab itu munculnya stretch mark cos kulit kita pon makin menipis kan?

Cara Mengatasi Stretch Mark

FYI rekahan ni tak boleh dihilangkan tapi boleh dikurangkan kesannya. Senang cerita boleh samar-samarkan la so tahap confident tuh tinggi sikit. Ye tak?

  •  Air Masak - Banyakkan minum air masak, sehari lebih 3 liter supaya kulit kita sentiasa lembap dan segar
  •  Energizing Soy Protein (ESP) - Kaya protein yang dapat memperbaharui sel-sel kulit yang telah rosak. Makanan sel adalah protein, bila cukup protein In Sha Allah kulit cantik dan anjal
  • Vitamin C - Berfungsi untuk membentuk kolagen yang seterusnya memperbaharui kulit
  •  Omega Guard - Minyak ikan mampu menghapuskan kolestrol degil dan mengkempiskan perut. Jadi kulit tidak menegang dan kesan rekahan dapat dikurangkan
Banyak sangat supplement nak kena ambil?
Jangan risau beli ikut bajet ye. Saya sendiri cuma amalkan ESP dan Alhamdulillah even sekarang dah sarat 9 bulan (masa entry ni ditulis..) tapi stretch mark langsung tiada! Yang penting konsisten tau

Uols di luar sana nak mencuba?

PERHATIAN: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:

Susanti Suhaimi

♥ SMS/WhatsApp: 013-8471769
♥ Emel : putri_jebat@yahoo.com


Masker Tradisi

Assalamualaikum...



Uolsss mesti tercari-cari petua hasilkan masker secara tradisional.
Ha meh sini kita nak share petua orang-orang lama. Kebiasaanya orang-orang lama ni gunakan bahan semulajadi yang memang ada dekat rumah macam sayur, buah dan rempah ratus. Simple dan jimat kan? 

Even bahan semulajadi hasilnya tetap mengancam ok! Cuba kita perhatikan kulit orang-orang lama yang rajin amalkan tips ni.. kekal muda, cantik, tegang, gebu gebas gitu

Ha apa kata kita plak amalkan. Jimat masa, tenaga dan duit. Boleh buat sendiri kat rumah dan tak payah bazir duit buat facial segala

Masker Wajah Cantik Gebu:

  • Putih Telur - Ambil bahagian putih telur ayam dan sapukan pada seluruh wajah. Biarkan kering dalam setengah jam kemudia bilas. Uolss akan rasa kulit tegang & lembut. Amalkan 3 kali seminggu


  • Kayu Manis - Tumbuk kayu manis sehingga menjadi serbuk. Titikkan sedikit air dan sapulah pada wajah dan biarkan selama 15minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Sesuai diamalkan if kulit anda berjerawat dan berparut. Jerawat cepat kecut & dapat samarkan parut


  • Timun - Ambil isi timun dan parut sehingga halus. Kemudian campurkan perahan sebiji limau nipis dan bedak sejuk. Sapukan pada wajah dan kemudian bilas. Petua ni dikatakan mampu mencerahkan serta melembapkan kulit


  • Tomato - Hiris tomato dan sapukan pada seluruh wajah dan leher. Biarkan 5- 10 minit kemudian bilas. Kesannya kulit lebih lembap dan halus. Segala kotoran white head dan black head tiada!
Ha ape lagi.. Lepas ni terus ceroboh dapur dan carik bahan-bahan kat atas. Actually kena rajin amalkan baru lah nampak kesan kan?




Untuk pengguna tegar Shaklee saya syorkan ESP, Collagen Powder, Vivix, Vitamin E, Vitamin C dan Alfalfa dijadikan masker moden!

Saya sendiri dah cuba dan kesannya bombastik!
Lepas cuci je kulit rasa tegang dan lembut. White head dan black head pon tiada. Jerawat lagi malu-malu nak singgah

Inginkan tips masker Shaklee dari saya?


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:


Susanti Suhaimi

♥ SMS/WhatsApp: 013-8471769
♥ Emel : putri_jebat@yahoo.com


Tuesday 24 June 2014

Cergas Berpuasa dengan Performance Drink

Assalamualaikum....


Counting days menuju ke bulan yang paling mulia, bulan yang penuh amal & keinsafan iaitu bulan Ramadhan. Siang kita menahan lapar & dahaga & malamnya kita beramal dengan bertarawikh. Indah kan bulan Ramadhan?

Namun harus diingat, Ramadhan kali ini kita diuji dengan fenomena El- Nino iaitu perubahan suhu panas yang melampau & aliran angin yang kering

Apa kesan El- Nino di bulan Ramadhan?

Cuaca panas dan kering akibat dari fenomena El- Nino di bulan Ramadhan menyebabkan badan kita cepat kehilangan air (terhidrasi), lemah dan tidak bertenaga sepanjang hari

Kesan Hidrasi ke atas Tubuh?
  • Rasa dahaga yang keterlaluan, tekak kering, sakit tekak, batuk dan bibir menggelupas
  • Degupan jantung lebih kencang, sakit kepala serta tekanan darah rendah
  • Bila hidrasi, jantung terpaksa bekerja lebih keras bagi membekalkan nutrien dan oksigen, akibatnya badan cepat lesu dan tidak bertenaga
  • Masalah kencing kotor
Bagaimana Mengatasi Terhidrasi
  • Anda digalakkan mengambil minuman Isotonic (Performance Drink Shaklee), air masak, susu, jus buahan, sup dan mengambil sayuran serta buahan mentah & segar
Minuman Isotonik Performance Drink


Performance Drink Shaklee

Dirumus khas dari OptiCrab yang telah dipatenkan dan memberikan 6 kali ganda tenaga ke atas otot serta mengimbangi bendalir (air) dalam tubuh

Istimewanya Performance Drink ini ialah kandungan Elektrolit yang mampu mengawal kesimbangan air dalam tubuh dan menghasilkan impuls elektrik yang digunakan oleh saraf dan otot badan

Perbezaan Performance Drink dengan Minuman Isotonik lain?
  • Rasanya yang lazat, berbentuk serbuk berperasa orange serta tidak bergas
  • Mampu mengatasi tahap hidrasi dalam badan berbanding air masak
  • Elektrolit dalam Performance Drink dapat membekalkan lebih banyak tenaga
  • Kandungan Elektrolit Opti-Ltye proprietary beserta kabohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan sepanjang hari
  • Ujian klinikal mendapati minuman ini dapat mengurangkan kehilangan bendalir, memelihara tahap gula dalam darah serta meningkatkan stamina 
Dengan segala kebaikan & kelebihan di atas sangat molek kalau kita sediakan satu tong Performance Drink sebagai persediaan berpuasa. Moga Ramadhan yang mendatang dalam keadaan cuaca yang panas terik kita masih kekal bertenaga, cergas dan tidak ponteng puasa!

Sesuai untuk seisi keluarga tau even untuk anak-anak yang baru nak start berpuasa kita boleh amalkan time sahur. Segelas Performance Drink pembekal tenaga sepanjang hari. In Sha Allah sampai petang kita tak lembik dan alami kesan hidrasi

PERHATIAN: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:

Susanti Suhaimi

♥ SMS/WhatsApp: 013-8471769
♥ Emel : putri_jebat@yahoo.com

ESP Bekalan Ramadhan

Assalamualaikum!

Ramadhan is coming! Kurang dari seminggu Ramadhan bakal menjengah tau. So bersediakah kita dari segi mental dan fizikal?

Buat Ibu Hamil, Menyusu, penghidap Gastrik dan meraka-mereka yang kurang upaya untuk berpuasa mesti tengah risau kan macam mana nak berpuasa penuh?

Entry kali ini saya perkenalkan satu produk yang In Sha Allah membantu kerisauan anda sepanjang bulan Ramadhan. Produk yang terlajak laris dan sentiasa Sold Out dekat Shaklee branch

Ha dah tentu Energizing Soy Protein atau nama manjanya ESP!

Energizing Soy Protein (ESP)
Merupakan sumber Protein terbaik yang menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO, 9 asid amino, rendah lemak, rendah kolestrol dan bebas laktosa menjadikannya sumber protein lengkap!

Keistimewaan ESP
  • Non- GMO bermaksud produknya asli dan semulajadi. Kandungan produk GMO pula adalah tidak asli atau sintetik. Soya berbentuk GMO yang berbahaya kepada kesihatan adalah soya yang telah diubah dari segi genetic dengan memasukkan sel baru kedalam soya tersebut. Hal ini bagi mempercepatkan proses tumbesaran soya dan kos lebih murah. Kesannya soya tersebut bertoksik dan membahayakan kesihatan
  • Protein Soya bersifat rendah lemak, kolestrol dan bebas laktosa berbanding sumber protein yang lain seperti daging, kekacang, tenusu dan telur
  • Sumber Asid Amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Ia berfungsi untuk mengekalkan sel-sel tubuh yang sihat
  • Asli iaitu tidak mengandungi pemanis, perasa, pengawet dan pewarna tiruan
ESP Bekalan Berpuasa?
Pakar Nutrisi mencadangkan untuk kekal kenyang sepanjang berpuasa harus bersahur dengan Protein bukan Kabohidrat. So time sahur tuh kurangkan atau tak perlu makan nasi tapi gantikan dengan Protein. Ha Protein pilihan saya dah tentu ESP!

Manfaat ESP Sepanjang Berpuasa
  • Indeks Glisemic yang rendah akan dihadam secara perlahan-lahan oleh perut dan menyebabkan tenaga dilepaskan lebih kosisten untuk rasa kenyang yang lama. Sangat sesuai untuk penghidap Kencing Manis, Ibu Hamil atau Kanak-kanak yang baru belajar berpuasa
  • Bersifat Alkali yang mampu meneutralkan kandungan asid di dalam perut disamping menggantikan sel-sel perut yang tercedera akibat dari asid. So untuk penghidap Gastrik tak payah risau untuk belapar sepanjang hari ye
  • Milk Booster buat Ibu Menyusu kerana protein merupakan makanan utama untuk menggalakkan susu Ibu yang banyak dan berkualiti. Disamping itu Ibu juga bertenaga & tidak lapar
  • Mencantikkan kulit kerana protein soya mampu menggantikan sel-sel kulit mati pada sel baru yang lebih sihat
  • Kurus Menjelang Raya, sesuai untuk mereka yang bertubuh gempal atau dalam usaha mengurangkan berat badan. Ini kerana ESP adalah rendah lemak dan kolestrol. Katakan tidak pada Kabohidrat yang menggemukkan
  • Atasi Stretch Mark kesan sampingan yang anda akan peroleh if konsisten dengan ESP is dapat samarkan kesan strectch mark terutama Ibu Hamil & baru lepas Berpantang
Jangan risau ESP ni sangat mudah disediakan dan menjimatkan masa!
Untuk mereka yang malas masak atau keluar cari makanan time sahur tuh, senang je ambil shaker dan shake sahaja ESP sama ada asli atau campur dengan minuman kegemaran anda yang lain. In Sha Allah kenyang dan bertenaga tau!

So sekarang tiada alas an lagi untuk ponteng puasa!
Juga sesuai untuk Kanak-kanak sehingga orang dewasa


PERHATIAN: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:

Susanti Suhaimi

♥ SMS/WhatsApp: 013-8471769
♥ Emel : putri_jebat@yahoo.com

Monday 23 June 2014

6 Rawatan Ketika Berpantang

Assalamualaikum....



Melahirkan anak merupakan satu jihad terbesar buat wanita. Perjuangan semasa melahirkan memerlukan tenaga, emosi & psikologi yang kuat bagi melancarkan proses kelahiran. Namun perjuangan ini tidak terhenti disitu sahaja, Ibu perlukan rawatan rapi selepas kelahiran agar tubuh kembali sihat seperti sebelum hamil.

Jadi apakah rawatan yang sesuai buat Ibu yang baru sahaja bersalin?

Jom kita ikuti Enam (6) langkah penjagaan buat si Ibu Hebat ini

       Pergerakan Badan 
  •  Bagi Ibu yang bersalin normal anda dinasihatkan melakukan gerakan tubuh 6 jam selepas melahirkan & 8 jam bagi Ibu yang bersalin secara pembedahan. Gerakan ringan seperti mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan, turun dari tempat tidur, belajar duduk & berjalan sendiri. Ia bertujuan melancarkan pergerakan darah & mengelak dari trombosis 
       Pemakanan
  •  Diet pemakanan Ibu semasa berpantang hendaklah kaya dengan Protein, Zinc, Zat Besi, Kalsium & Vitamin bagi memperbaiki sel-sel yang telah rosak ketika proses kelahiran berlangsung. Perbanyakkan mengambil sumber protein bagi memperbanyakkan susu Ibu serta sayuran & buahan bagi melawaskan sistem pencernaan. Banyakkan minum air putih sekitar 3 liter sehari bagi menyegarkan tubuh serta meningkatkan metabolisme badan
  • Untuk makluman, sumber vitamin bukan sahaja boleh diperolehi dari pemakanan tetapi boleh juga didapati dalam Set Berpantang Shaklee yang semulajadi
       Membuang Air Kecil
  • Anda harus segera membuang air kecil setelah melahirkan. Kesulitan untuk membuang air kecil mungkin berlaku pada 24 jam pertama kerana berlaku penekanan otot pundi kencing semasa proses kelahiran.Jika 8 jam pertama Ibu masih belum membuang air kecil, tiub saluran kencing perlu digunakan bagi mengelak Ibu terkena jangkitan kuman
       Membuang Air Besar
  • Ibu harus membuang air besar setelah 3 atau 4 hari melahirkan. Anda digalakkan mengambil makanan yang kaya serat atau boleh mengambil Ostematrix (Kalsium) Shaklee bagi mengelak dari sembelit
       Perawatan Miss Vagina
  • Bagi Ibu yang melahirkan anak tanpa menggunting miss V (episiotomi) hanya perlu membersihkan miss V dengan air hangat atau larutan antiseptik. Ia berbeza penjagaannya bagi Ibu yang menjalani episiotomi dimana bekas jahitan hendaklah sentiasa dibersihkan terutama selepas membuang air besar atau kecil dengan menggunakan kain lap yang telah dibasahi dengan sabun. Kurangkan aktiviti berlebihan pada minggu pertama & banyakkan berehat bagi membantu proses penyembuhan luka
       Perawatan Payudara
  • Rawatan ke atas payudara hendaklah dilakukan seawal kehamilan supaya punting susu tidak keras dan kering sebagai persiapan awal untuk menyusukan anak. Susukan bayi anda setiap dua hingga tiga jam. Jika berlaku bengkak susu anda harus melakukan urutan atau tuam dengan air hangat. Elak membersihkan areola menggunakan sabun atau alkohol. Hal ini bagi mengelak dari saluran susu Ibu tersumbat, kering & melecet
Diharap tips di atas dapat membantu Ibu-Ibu berpantang sekalian!

Anda menginginkan Vitamin tambahan semasa berpantang? 
Ingin Lebih cergas? 
Luka cepat sembuh? 
Susu Ibu meriah?
Kembali langsing?

Jom dapatkan Set Berpantang Shaklee pada harga berpatutan & mampu milik

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya

Susanti Suhaimi

♥ SMS/WhatsApp: 013-8471769

Cantik Tanpa Suntikan Botox!

Assalamualaikum...
Agak menarik tajuk entry kali ni
Yes CANTIK TANPA SUNTIKAN BOTOX!

Setiap dari kita mesti mengimpikan kulit yang cantik, gebu & muda remaja kan?
Sebab tuh ada yang sanggup laburkan puluhan ribu untuk kekal cantik!
Termasuk lakukan pembedahan & suntikan botox!





Tapi akan ada kesan jangka panjang yang mengerikan!
Boleh jadi wajah yang dulunya cantik makin buruk. Eii ngeri....

Now tak payah pening-pening untuk kelihatan cantik
Jom kita bermula dari rawatan dalaman
Caranya mudah saja.. Amalkan supplement sebagai makanan tambahan untuk kelihatan cantik & berseri. Biar sel-sel badan sihat so naturally wajah kita pon sihat menawan!

Jom kita selidik apa kelebihan Supplement Kulit Shaklee ni

1. Collagen Powder Shaklee


  • Dihasilkan dari Sisik Ikan Merah yang kurang tercemar berbanding sumber kolagen lain serta penyerapan lebih tinggi
  • Ekstrak biji benih Camelia Japonica dan Pfaffia menyokong pembentukan Kolagen serta menghidrat tisu badan membuatkan kulit lebih lembut dan anjal
  • Vitamin C, B2 dan B6 yang menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi serta menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit
  • Lactobacillus Acidophilus sejenis bakteria baik yang mengimbangi serta menyihatkan usus bagi meningkatkan penyerapan kolagen  
Kebaikan Collagen
  •  Anti- Penuaan : Mengecilkan lian pori terbuka, manghilangkan kedutan & garis halus
  • Mencerahkan Kulit : Mengurangkan pigmentasi, jerawat, jeragat & tona kulit lebih sekata
  • Anjal : Kulit lebih lembut, anjal & tegang
  • Melembap : Mengurangkan kekeringan kulit & elastisiti
  • Kesihatan Sendi : Melancarkan pergerakan sendi-sendi 
  • Menyuburkan: Manguatkan rambut & menjadikannya lebih sihat & bersinar 
Jadi mengapa bayar lebih untuk sesuatu yang cantik sementara tapi mendatangkan bahaya? Collagen Powder Shaklee terbukti Halal, Selamat, Semulajadi & Sihat!


PERHATIAN: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:



Susanti Suhaimi

♥ SMS/WhatsApp: 013-8471769
♥ Emel : putri_jebat@yahoo.com

Tuesday 10 June 2014

Atasi Sakit Pinggang ketika Hamil


Assalamualaikum....



Sakit Pinggang @ sakit belakang bagi Ibu Hamil berpisah tiada :(

Tapi ada juga segelintir Ibu Hamil yang tak alami symptom neh. Sangat bernasib baik & bertuah insan-insan ini

Dianggarkan separuh @ tiga perempat Wanita Hamil mengalami masalah ini. Bila dah sakit pinggang segala jenis aktiviti pon susah kita nak buat kan?

Actually ada Dua Jenis Sakit Pinggang

a) Sakit Pinggang Sebenar
Gejala ini juga terjadi kepada wanita yang tidak hamil. Ia berlaku apabila ligament, otot-otot & sendi tertekan akibat dari posture duduk yang salah, cara mengangat barang yang tidak betul & seterusnya mencederakan otot dan sendi

Biasanya ia menjadi lebh kronik apabila anda hamil kerana otot & sendi anda menjadi letih & ligament tertarik sedikit akibat dari kenaikan berat badan anda dan bayi

b) Girdel Pelvis
Simptom ini terjadi akibat dari kehamilan anda dan ianya sangat berbeza dengan sakit pinggang sebenar. Rawatannya juga berbeza. Biasanya anda akan berasa sakit sekitar tulang pubis pada bahagian hadapan.

Jika anda alami masalah ini, senaman & urutan mungkin tidak berkesan. Anda disarankan berjumpa dengan pakar fisioterapi yang berdaftar


Tips melegakan Sakit Pinggang/ Sakit Belakang

1. Bersenam
Lakukanlah senaman lantai pelvis dan senaman perut bagi mengurangkan tekanan/ bebanan Ibu Hamil. Senaman seperti berikut sangat digalakkan


 2. Urutan
Minta bantuan suami atau dari pakar urut tradisional. Cara paling mudah anda harus mengiring & suami akan mengurut dari bahagian bawah belakang & elakkan dari mengurut bahagian abdomen ye...

3. Posture Duduk
Dapatkan posture duduk yang betul & elak dari kedudukan yang sama untuk satu tempoh yang panjang. Jika anda bekerja di office pastikan ada bantal sokongan di bahagian tulang belakang.

5. Bantal Maternity
Tidur mengiring dengan bantal berbentuk baji yang diletakkan dibawah perut. Boleh dapatkan bantal maternity di kedai-kedai berhampiran ;)

6. Air Hangat
Mandi air panas sangat membantu melegakan rasa sakit belakang. Selain daripada itu anda juga boleh tuam kawasan-kawasan yang rasa sakit & lenguh

Namun.... Harus diingat! Kesakitan pada pinggang & tulang belakang juga berpunca dari kekurangan KALSIUM.

Jika sebelum ni, khasiat dari pemakanan hanya untuk anda seorang, namun sekarang harus share berdua. Apabila kekurangan Kalsium itu yang menyebabkan kesakitan pada tulang & sendi

So macam mana nak atasi masalah ini?

Yeah dapatkan OSTEMATRIX @ sumber Kalsium anda dari Shaklee. Sangat sesuai untuk mereka yang tak suka minum susu atau malas nak bancuh air.

Ingat ye Kalsium ni sangat penting bagi Ibu-ibu Hamil. Kira Wajib diambil!

                                                        120 biji- Tahan sehingga 2 bulan

Ostematrix
Terdiri dari Kalsium, Magnesium, Fosforus, Zinc, Kumprum, Boron & Vitamin D. Kesemua nutrient ini harus ada bersama-sama agar dapat menyerap ke dalam badan dengan sempurna. Sebab itu kami katakana Ostematrix adalah kalsium yang lengkap

Actually Kalsium boleh dikatakan wajib terutama bagi wanita Hamil, Ibu Menyusu & Warga Emas kerana semakin kita berusia semakin kita kekurangan sumber kalsium

Saya sendiri amalkan Ostematrix semasa hamil & kesannya superb! Memang x 'miss' consume tau!


PERHATIAN: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:


Susanti Suhaimi

♥ SMS/WhatsApp: 013-8471769

♥ Emel : putri_jebat@yahoo.com

Petua Cepat Hamil

Salam Ceria!



Nak cerita petua Cepat Hamil haruslah ceria kan? Dah berbulan or betahun kahwin mesti inginkan cahaya mata sendiri! So kat sini jom kita borak-borak tips kehamilan segera

Tapi sebelum itu harus diingatkan ini cuma ikhtiar.. Allah jua penentu segala

Tips Kehamilan

1. 'Bersama' Ketika Hari Subur
 Waktu yang paling digalakkan adalah hari ke-14! Masih ada yang tak tau lagi? Ha senang je start kira dari first day kita period & hari ke-14 digalakkan sangat bersama suami

2. 'Bersama' Sekerap Mungkin
Waktu paling subur memang wajib bersama, tapi waktu-waktu lain juga digalakkan bersama sekerap yang mungkin

3. Jangan Banyak Bergerak Setelah 'bersama'
Setelah 'bersama' isteri disyorkan berehat & hanya berbaring buat seketika. Ini memberi ruang untuk sperma berenang mencari telur ovary.

4. Banyakkan Berdoa
Allah suka mendengar rintihan kita. Jadi jom amalkan doa Nabi Ibrahim, mudahan Allah mudahkan niat kita

" Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku lahirkan, terimalah uzurku, sesungguhnya Engkau mengetahui hajatku, berikanlah permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosaku"

Atau amalkan doa Nabi Zakaria

" Tuhanku jangan Engkau tinggalkan aku seorang diri padahal Engkau tuhan yang paling baik dari segala orang yang mewarisi " Surah Al-Anbiya 21:89

" Tuhanku berilah kepadaku dari- sisimu keturunan (anak) yang baik, sesungguhnya Engkau tuhan yang sangat mendengar doa " Surah Al- Imran 3:38


Selain dari usaha di atas anda juga digalakkan berikhtiar dari segi perubatan. Bagi period yang tidak regular, hadapi PCOS, Cyst, masalah kegemukan & air mani yang sedikit digalakkan berjumpa doktar terlebih dahulu

Jika anda inginkan Supplement kesihatan Shaklee boleh dapatkannya dari saya. Supplement ini hanya membantu meningkatkan kesihatan anda. Once badan kita dah sihat sistem reproduksi & organ seks juga In Sha Allah sihat



Set Kesuburan Basic ini khas untuk Suami & Isteri yang merancang memiliki cahayamata sendiri. Ini cuma usaha je tau selebihnya tetap izin dari-Nya


                                                            60 biji- Tahan shingga 1-2 bulan

GLA Complex
Diekstrak dari tumbuhan Borage dan Vitamin E yang ditanam secara organic serta mudah diserap oleh badan 

Kebaikan
1. Menstabilkan kembali period
2. Melegakan simptom PMS/ Sengugut
3. Meningkatkan kesuburan & kualiti ovum Isteri
4. Mengandungi Vitamin E yang menguatkan dinding arteri
5. Memperbaiki masalah prosta
6. Mengawal kencing manis
7. Atasi masalah jeragat & seterusnya mencantikkan kulit


                                                          120 biji- Tahan sehingga 4 bulan
Zinc
Merupakan mineral semulajadi yang terdapat di dalam badan. Namun kekurangan Zinc akan menyebabkan organ seks lelaki menjadi kurang produktif. Masalah yang bakal dihadapi seperti organ seks lambat matang, perkembangan tekstil yang terbantut & kuantiti sperma yang merosot.

Kebaikan
1. Memperbaiki masalah prostat
2. Meningkatkan kuantiti & kualiti sperma
3. Meningkatkan tenaga & keupayaan seks suami

Bagi anda yang masih mencari supplement Kesuburan yang basic & jimat.. Shaklee adalah pilihan yang terbaik. In Sha Allah...

Jom Ikhtiar!


PERHATIAN: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:


Susanti Suhaimi

♥ SMS/WhatsApp: 013-8471769
♥ Emel : putri_jebat@yahoo.com

Monday 9 June 2014

Penapis Air Terbaik & Termurah tak sampai RM500!

Assalamualaikum....

Mesti ramai ingat Shaklee hanya menawarkan Supplement & Vitamin je kan?
Actually terdapat banyak rangkaian produk Shaklee antaranya Produk Pembersih wajah, Penjagaan Rumah & PENAPIS AIR @ lebih dikenali Water Pitcher Shaklee

                                                       Penapis Air Shaklee- Mobile
As we know sumber bekalan air dirumah kita dipenuhi dengan Klorin, Plumbum & Merkuri. Even air dirawat tapi ketulenan air masih diragui. Dan sebab itu jugak makin ramai yang berminat nak pasang Penapis Air dirumah.

Tapi...... Kebanyakan produk di luar harganya cecah ribu-ribu & terpaksa buat ansuran bulanan. Betul?

Dan ada kalanya dah bayar ribu-ribu pon kualiti so so je. Baru pakai berapa hari dah rosak. Bile nak claim yang baru tak dapat, nk mintak duit balik lagi lah diorang tak nak bagi. Ha ni real story dari kawan saya tau!

Apa Itu Water Pitcher Shaklee?

Ha tengok gambar macam jug biasa je kan? Tapi ini jug bukan sebarang jug, kecil-kecil cili padi tau!
Water Pitcher Shaklee menggunakan sebatang blok karbon padu bagi membersihkan air & menyingkirkan bahan-bahan tercemar. Kira dia tapis habis bagi clear sebelum kita minum.

Keistimewaannya menandingi Jenama Terkemuka!

 1. Jimat
 Water Pitcher mampu menuras 303 liter air (80 gelen) untuk setiap turasan (filter). If uols beli satu set Water Pitcher kita beri 3 filter. Dan paling penting harganya tersangat murah tapi setanding dengan jenama terkemuka.

2. Selamat
 Disahkan dapat mengurangkan kadar plumbum, merkuri & kadium serta sisa tercemar. Kualiti air yang terjamin & rasanya juga lebih sedap!

3. Fleksible
Bentuknya yang kecil seperti jug serta tidak menggunakan kuasa elektrik membolehkan anda membawa kemana sahaja. Tak kisahlah balik kampong @ bercuti. Best kan?!

4. User Friendly
Sangat mudah untuk digunakan. Jug air ini bermeter yang akan menunjukkan kepada kita jumlah gelen air yang telah dituras & meperingatkan kita bila masanya nak tukar filter. Mudah kan?

Sebagai pengguna bijak Water Pitcher adalah pilihan terbaik! Murah, Senang dibawa & paling penting Selamat! Oh ye...... penapis ini juga halal ok!

So untuk mereka yang kurang bajet @ sedang mencari penapis berkualiti.... Water Pitcher seharusnya pilhan anda!

Jom grab laju-laju!

PERHATIAN: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:

Susanti Suhaimi

♥ SMS/WhatsApp: 013-8471769
♥ Emel : putri_jebat@yahoo.com