Monday 23 June 2014

6 Rawatan Ketika Berpantang

Assalamualaikum....



Melahirkan anak merupakan satu jihad terbesar buat wanita. Perjuangan semasa melahirkan memerlukan tenaga, emosi & psikologi yang kuat bagi melancarkan proses kelahiran. Namun perjuangan ini tidak terhenti disitu sahaja, Ibu perlukan rawatan rapi selepas kelahiran agar tubuh kembali sihat seperti sebelum hamil.

Jadi apakah rawatan yang sesuai buat Ibu yang baru sahaja bersalin?

Jom kita ikuti Enam (6) langkah penjagaan buat si Ibu Hebat ini

       Pergerakan Badan 
  •  Bagi Ibu yang bersalin normal anda dinasihatkan melakukan gerakan tubuh 6 jam selepas melahirkan & 8 jam bagi Ibu yang bersalin secara pembedahan. Gerakan ringan seperti mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan, turun dari tempat tidur, belajar duduk & berjalan sendiri. Ia bertujuan melancarkan pergerakan darah & mengelak dari trombosis 
       Pemakanan
  •  Diet pemakanan Ibu semasa berpantang hendaklah kaya dengan Protein, Zinc, Zat Besi, Kalsium & Vitamin bagi memperbaiki sel-sel yang telah rosak ketika proses kelahiran berlangsung. Perbanyakkan mengambil sumber protein bagi memperbanyakkan susu Ibu serta sayuran & buahan bagi melawaskan sistem pencernaan. Banyakkan minum air putih sekitar 3 liter sehari bagi menyegarkan tubuh serta meningkatkan metabolisme badan
  • Untuk makluman, sumber vitamin bukan sahaja boleh diperolehi dari pemakanan tetapi boleh juga didapati dalam Set Berpantang Shaklee yang semulajadi
       Membuang Air Kecil
  • Anda harus segera membuang air kecil setelah melahirkan. Kesulitan untuk membuang air kecil mungkin berlaku pada 24 jam pertama kerana berlaku penekanan otot pundi kencing semasa proses kelahiran.Jika 8 jam pertama Ibu masih belum membuang air kecil, tiub saluran kencing perlu digunakan bagi mengelak Ibu terkena jangkitan kuman
       Membuang Air Besar
  • Ibu harus membuang air besar setelah 3 atau 4 hari melahirkan. Anda digalakkan mengambil makanan yang kaya serat atau boleh mengambil Ostematrix (Kalsium) Shaklee bagi mengelak dari sembelit
       Perawatan Miss Vagina
  • Bagi Ibu yang melahirkan anak tanpa menggunting miss V (episiotomi) hanya perlu membersihkan miss V dengan air hangat atau larutan antiseptik. Ia berbeza penjagaannya bagi Ibu yang menjalani episiotomi dimana bekas jahitan hendaklah sentiasa dibersihkan terutama selepas membuang air besar atau kecil dengan menggunakan kain lap yang telah dibasahi dengan sabun. Kurangkan aktiviti berlebihan pada minggu pertama & banyakkan berehat bagi membantu proses penyembuhan luka
       Perawatan Payudara
  • Rawatan ke atas payudara hendaklah dilakukan seawal kehamilan supaya punting susu tidak keras dan kering sebagai persiapan awal untuk menyusukan anak. Susukan bayi anda setiap dua hingga tiga jam. Jika berlaku bengkak susu anda harus melakukan urutan atau tuam dengan air hangat. Elak membersihkan areola menggunakan sabun atau alkohol. Hal ini bagi mengelak dari saluran susu Ibu tersumbat, kering & melecet
Diharap tips di atas dapat membantu Ibu-Ibu berpantang sekalian!

Anda menginginkan Vitamin tambahan semasa berpantang? 
Ingin Lebih cergas? 
Luka cepat sembuh? 
Susu Ibu meriah?
Kembali langsing?

Jom dapatkan Set Berpantang Shaklee pada harga berpatutan & mampu milik

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya

Susanti Suhaimi

♥ SMS/WhatsApp: 013-8471769

0 comments:

Post a Comment